Monday, August 22, 2016

Cerpen seram: SAKAT



SAKAT oleh Maria Kajiwa

JENAZAH Tok Malik sudah siap ditutup dengan kain batik lepas dua lapis dan diletakkan di atas tilam. Dua buah Al-Quran serta enam buah Surah Yaasiin pelbagai bentuk dan warna juga ada di sisi. Ahli keluarganya ada yang duduk termenung di sisi jenazah dan ada yang sibuk keluar masuk menguruskan segala yang perlu. Kerana nampaknya, jenazah Tok Malik hanya dapat dikebumikan pada hari keesokkannya.
Menjelang isyak, semakin kurang orang yang ada di situ meskipun halaman rumah masih terang-benderang. Yang ada hanyalah anak, menantu dan cucu Tok Malik dan beberapa orang saudara mara yang rapat. Antaranya ialah Haziq dan Ghani yang berusia 13 tahun.
“Engkau balik berapa hari?”
Haziq bertanya kepada Muiz yang merupakan cucu kepada Tok Malik. Sejak kali pertama dilihat Muiz tadi, wajah Haziq sentiasa muram. Dia faham Muiz sedih dengan pemergian Tok Malik.
“Tak tahu.” Muiz angkat bahu.
“Malam ni engkau tidur sini ke?”
“Mungkin.” Muiz pandang keliling. Ibunya sibuk di dapur. Ayahnya pula sibuk berborak di halaman rumah. Dia, Haziq dan Ghani berbual di tangga. Mereka berusia sebaya. “Malam ni engkau jaga-jaga.” Haziq menambah.
Muiz menoleh ke arah Haziq.
“Mana tahu Tok Malik hidup balik.” Haziq beria-ia bercakap.
“Orang mati mana boleh hidup balik?” Hati Muiz bertukar rasa; dari sedih merasa seram tidak tentu pasal.
“Boleh. Kalau dah jadi hantu.” Haziq menjawab. Ghani di sebelah ketawa serya memegang perut.
“Takkanlah Tok Malik jadi hantu. Tok Malik, baik. Tok Malik, solat, ngaji.” Muiz menolak kemungkinan yang dia rasakan tak masuk akal langsung.
“Boleh aje. Kalau syaitan masuk kat dalam badan Tok Malik, Tok Malik jadi hantulah.” Haziq masih tetap dengan pendirian dia. “Aku selalu dengar orang cakap, kalau kucing hitam langkah mayat orang yang baru mati, orang tu boleh bangun balik.”

“Tak mungkinlah.” Muiz tarik muka masam.
 

No comments:

Post a Comment