Wednesday, August 31, 2016

Cerpen Seram: TULIS


TULIS oleh Maria Kajiwa
SUDAH beberapa hari hati Qiah berdebar-debar. Setiap kali matanya terpandang mengenai tawaran untuk menulis cerita seram dari sebuah rumah penerbitan, perasaannya melonjak-lonjak. Dia rasa tak senang duduk. Malah tidur pun tak berapa lelap. Dia asyik terbayang namanya dipaparkan di atas muka hadapan buku dan juga kehidupan yang berubah selepas itu.
Dia juga terbayangkan populariti dan sanjungan pembaca yang tidak putus-putus. Selain membayangkan duit yang akan mengalir masuk ke dalam akaun bank dan apa yang dia mampu beli dengan duit itu. Oleh itu kali ini dia nekad untuk mencuba nasib.
“Engkau buat apa tu, Qiah? Dari tadi menghadap laptop.” Zarin yang baru siap membasuh baju di dapur menegur. Dia hairan kerana mulai awal pagi tadi lagi Qiah tak henti-henti menekan papan kekunci. Mandi tidak. Makan pun tidak. Keluar dari bilik pun tidak. Asyik dengan laptop.
“Jangan kacaulah. Aku tulis cerita ni.” Qiah rasa marah. Bebelan Zarin membuatkan tumpuannya terjejas.
“Cerita?” Suara Zarin mati setakat itu. Jawapan Qiah amat mengejutkan. Setahu dia selama ini Qiah tak pernah menulis cerita. Setakat menulis mesej dalam WhatApps memang pernah. Itu pun typho setiap lima huruf.
“Kenapa? Engkau ingat aku tak boleh tulis cerita seram? Belum cuba belum tahu.” Sikap Zarin semakin menaikkan kemarahan Qiah. Semangatnya semakin berkobar-kobar untuk menyiapkan cerita seram yang ditulis sejak pagi tadi. Kalau orang lain boleh tulis, dia pun boleh juga; itulah fikirnya.
“Engkau tulis cerita seram?” Suara Zarin semakin kuat. Hampir hendak memekik. Dia fikirkan Qiah tulis cerita cinta macam dalam novel-novel yang banyak bertimbun di ruang tamu rumah sewa mereka. Rupanya cerita seram.
Qiah ketawa kecil. Hati semakin berbangga. Baru Zarin tahu keupayaan dia.
“Engkau tak takut ke tulis cerita macam tu?”
Dahi Zarin berkerut-kerut. Dia terbayangkan beberapa novel seram yang pernah dilihat di kedai-kedai buku. Semua kisahnya melibatkan syaitan, jin, iblis dan hantu.
“Ish! Jadi penulis cerita seram mana boleh takut? Hati kena sado, beb. Kalau takut... macam mana nak tulis?” balas Qiah. Matanya masih terpaku ke skrin. Jari-jemarinya laju menekan papan kekunci meskipun banyak typho. Pedulilah. Janji siap.
“Berani engkau ya? Engkau tahu ke benda apa yang engkau tulis ni? Engkau tak takut ke benda ni datang kacau engkau balik?”
Qiah ketawa mendengar pertanyaan Zarin.

“Menulis cerita seram ni bukan untuk orang yang penakut macam engkau. Orang yang berani aje boleh tulis. Nanti dia datang duduk sebelah engkau, baru engkau tahu.” Qiah mengusik Zarin.

1 comment:

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete