Kenali saya



Maria Kajiwa adalah nama pena untuk penulis yang telah dilahirkan pada February 1967. Mendapat pendidikan awal di Pahang, Kuala Lumpur dan Kedah sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Entomologi di USM.

Sudah berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata. Kini menetap di Melaka bersama keluarga tercinta.

Setakat ini penulis telah menghasilkan 20 buah novel dewasa dan 3 buah novel kanak-kanak. Selain itu penulis juga telah mempunyai 8 buah antologi cerpen berkumpulan, sebuah antologi puisi . sebuah kumpulan cerpen dan sebuah buku bantu diri. (Non-Fiksi)

Penulis merupakan penerima anugerah Penulis Prolifik dan beberapa buah novelnya menduduki carta bestseller di Popular dan MPH.

Antara genre pilihan penulis adalah Sains-Fiksyen, Thriller, Seram, Cinta, Chicklit  dan Misteri. Bagaimanapun penulis lebih gemar menghasilkan cerita yang bersifat hibrid iaitu cantuman genre.

Selain novel, penulis juga bergiat aktif dalam penulisan cerpen dan puisi untuk majalah dan akhbar.

Sebagai penulis sepenuh masa, penulis berhasrat untuk menghasilkan lebih banyak novel dalam genre yang jarang disentuh oleh penulis lain bagi memberikan lebih banyak pilihan kepada pembaca dan juga untuk memeriahkan lagi industri buku tanah air.

Harapan penulis adalah agar pembaca dapat merasai pengalaman-pengalaman baharu setiap kali menatap tulisannya di samping memahami mesej yang ingin disampaikan.


Boleh dihubungi melalui emel: pnmaria1@gmail.com