Terbitan: FAJAR PAKEER SDN BHD
Harga : RM 20.00/ RM 22.00
Sinopsis:
Sebuah kisah MISTERI yang mengisahkan tentang seorang pemuda yang bernama EDRI yang terpaksa menyelesaikan kes pembinaan sebuah jambatan yang terbengkalai selama 41 tahun. Mitos yang menyelubungi kes itu menjadikan ia kes berprofail tinggi.
Di tempat itu Edri bukan sahaja berdepan dengan halangan penduduk, peristiwa-peristiwa yang aneh malah jatuh cinta kepada seorang gadis kampung bernama Saleha.
Bagaimanapun segalanya bukanlah seperti yang disangka-sangka.
Novel : EPOI
Terbitan : Fajar Pakeer Junior
Tahun terbitan : 2012
Sinopsis:
“Malam tadi, dua ekor kucing di lorong ni dah hilang tak termasuk Bubu yang tidur di dalam sangkar. Tapi kesemuanya kucing belaan.” Sambil bercakap, Etam menggaru badannya dengan kaki belakang.
“Banyaknya. Takkan ada orang yang masuk rumah tuan Bubu dan mencurinya? Itu dah melampau.” Epoi semakin menumpukan perhatian.
“Abang… Putih juga hilang malam tadi.” Emi bersuara sambil memandang Epoi.
“Putih?!” Epoi terlompat.
Kehilangan kucing-kucing, di tempat tinggalnya telah membuatkan Epoi berasa gelisah. Sewaktu dia cuba mencari Bubu dan Putih, adik-adiknya Etam dan Emi pula telah hilang. Namun penemuan sebuah gua bercahaya di atas bukit, merungkai semua misteri tetapi kehadiran tuannya telah menjadikan keadaan bertambah rumit.
Demi menyelamatkan nyawa semua, Epoi terpaksa menentang Koko, seekor kucing parsi yang mendendami manusia...
Ikutilah kisah EPOI, seekor kucing yang sanggup berkorban demi adik-adik dan tuan yang disayanginya.
Novel ERTI CINTA
Terbitan : Karyaseni
ISBN 978-967-0246-11-6
ISBN 978-967-0246-11-6
Harga : RM 19.00
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan tentang dua orang pelajar kolej yang bernama Anis dan Maria. Mereka berdua meninggalkan kediaman kolej untuk tinggal di sebuah rumah flat.
Di situ, mereka telah berkenalan dengan Danny dan Joe yang penuh misteri.
Pelbagai kejadian aneh berlaku di situ dan memaksa Anis dan Maria mencari jawapan kepada pelbagai persoalan.
Antologi Cerpen Berkumpulan : TENTANG CINTA
Terbitan: ACE
Harga: RM 18.00
Sinopsis:
Antologi cerpen ini mengandungi 19 buah cerpen daripada 9 orang penulis novel/cerpen tanah air.
saya menyumbangkan dua buah cerpen di dalam buku ini yang bertajuk:
Ombak, pergilah ke Byron Bay
Ucapkan sekali lagi.
Buku ini boleh dibeli melalui e-mel: aurorabookstore2@gmail.com
Novel pengembaraan Fantasi kanak-kanak
Harga: RM 10.90
Terbitan: Fajar Fakeer Sdn Bhd.
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan persahabatan di antara seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Aizat dan seekor burung yang bernama Cendrakasih.
Persahabatan mereka telah membawa mereka mengembara bagi mendapatkan pertolongan bagi menyelamatkan negara Cendrasakti iaitu negara di atas awan!
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan persahabatan di antara seorang kanak-kanak lelaki yang bernama Aizat dan seekor burung yang bernama Cendrakasih.
Persahabatan mereka telah membawa mereka mengembara bagi mendapatkan pertolongan bagi menyelamatkan negara Cendrasakti iaitu negara di atas awan!
Sinopsis : Novel berbentuk Thriller ini mengambil latar tahun 2050 setelah negara Malaysia dilanda sejenis wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak itu telah mengakibatkan majoriti penduduk meninggal dunia dan ini mengakibatkan ekonomi dan pertahanan negara turut lumpuh. Keadaan yang genting ini diburukkan lagi dengan kehadiran satu kumpulan pemberontak upahan, No-Mondus yang membunuh dan merompak sesiapa sahaja yang tidak mahu menyertai perjuangan mereka untuk mengambil alih negara. Dalam keadan itu, Julia seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada kawan baiknya, Mimi untuk menghantar gadis itu pulang ke pangkuan keluarganya di Ipoh. Di tengah perjalanan semasa melalui lebuh raya Utara-Selatan kereta mereka telah diserang hendap oleh No Mondus. Mereka berdua berjaya melarikan diri ke dalam hutan tetapi dapatkan mereka berdua mencari jalan pulang? Dapatkan Julia menunaikan janjinya? Siapakah Izham dan Simon yang mereka temui di dalam hutan itu? Jawapannya ada di dalam novel ini. Terbitan: One Nusantara Boleh dibeli di Kinokuniya, melalui saya ataupun secara online di BOOKSTATION ![]() | ||||||||||||||
Terbitan Fajar Pakeer Boleh didapati di semua kedai buku seperti Popular dan MPH. Harga: ISBN: 978-967-365-035-4 Sem. Malaysia: RM10.90 Sabah / Sarawak: RM13.90 atau beli secara online di SINI |
Harga: RM 25.00 / RM 28.00
ISBN-13: 978-967-5136-62-7
Tarikh Terbit: 13 Oct 2010
Jumlah Muka Surat : 484
Kategori: Novel Dewasa, Novel Dewasa Umum, Novel Fiksyen Sains & Fantasi
Penerbit:
PTS Fortuna Sdn Bhd
Boleh didapati di semua kedai buku seperti MPH, POPULAR dan THAI KUANG (Melaka)
atau beli secara ONLINE di SINI
Boleh didapati di semua kedai buku seperti MPH, POPULAR dan THAI KUANG (Melaka)
atau beli secara ONLINE di SINI
Sinopsis:
Novel ini mengisahkan tentang seorang puteri kerajaan Jupiter yang bernama Puteri Elara. Beliau adalah bakal pengganti dan pewaris takhta kerajaan Jupiter pimpinan bondanya Ratu Zeux dan ayahandanya, Raja Thytyus.
Bagaimanapun, satu keanehan telah berlaku di Planet Jupiter. Salji turun lebih awal sehingga bahan kajiannya, Atta colombica telah mati. Namun yang mati itu menjadi permulaan yang lain. Hadirnya Prof Ananke dari Bumi untuk membantunya menyelidik kematian spesis itu telah merubah dan memulakan satu pengalaman hidup yang tidak pernah diduga.
Kerana cinta, dia mengembara.
Namun takdir menentukan yang lain, pesawatnya Juniker 90 yang membawanya ke Bumi telah hilang dari radar.
Puteri Elara terdampar di sebuah planet beracun yang bernama Planet Tas-as-raum.
Kehilangannya ditangisi rakyat Jupiter namun ada dua orang insan
yang terus mencari dan mengharapkan kepulangannya.
Putera Adrastea dan Prof Ananke.
Bagaimanakah kesudahan nasib Puteri Elara?
Dapatkan jawapannya dalam
Planet-Planet Cinta.







