Thursday, December 31, 2009

Cerpen 'Ombak, Pergilah ke Byron Bay' tersiar di Majalah REMAJA

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi yang melimpahkan rahmatNya. Cerpen saya yang bertajuk 'Ombak, pergilah ke Byron Bay' mendapat tempat di Majalah REMAJA bil: 561 untuk keluaran 1 Januari 2010



Cerpen ini mengisahkan 'Kerinduan seorang adik yang buta terhadap abangnya yang jauh'. Jika terbaca cerpen ini..ingat-ingatlah saya.

Dari meja penulis,

Maria Kajiwa
SELAMAT TAHUN BARU 2010
Kepada semua pembaca Blog ELARA

Friday, November 20, 2009

Cerpen 'Lintah ' disiarkan di Majalah Mingguan Wanita


Mengambil sedikit ruang di sini untuk memberitahu bahawa sebuah Cerpen saya yang bertajuk 'Lintah ' telah disiarkan di majalah Mingguan Wanita : Edisi Bil 1357 ( 20-26 November) . Gambar cover Catriona Ross bersama Erni Nazira .

Jadi kepada sesiapa yang teringin membaca cerpen saya , silalah dapatkan segera majalah itu di pasaran sebab majalah ini macam pisang goreng panas selalunya . Sekejap je dah habis edisi .

Kepada yang terjumpa cerita tentang kasih sayang Busu dan Abang Long tu..ingat-ingatlah saya...

Terima kasih kepada AVA , Puan Nisah Haron , semua peserta bengkel penulisan cerpen , rakan-rakan penulis serta keluarga yang terus mendorong dan menyuntik keyakinan .

Sekian.

Dari meja penulis,
Maria Kajiwa.