Wednesday, November 30, 2016

Temuramah dalam majalah POPCUB Nov 2016



Artikel temuramah dalam majalah POPCLUB isu November 2016. Boleh dapatkan di kedai-kedai POPULAR seluruh Malaysia.

Thursday, November 17, 2016

Antologi: Projek Seram KEM


Alhamdulillah. Antologi terbaharu saya; projek Seram KEM yang akan diterbitkan pada Dis 2016. Dalam buku ini saya menghidangkan sebuah kisah seram yang bertajuk KISAH LATIFAH. Kisah ini juga menampilkan watak Azim iaitu watak utama dalam novel PUJA.


Alhamdulillah, novel PUJA juga telah memasuki cetakan ke 3 setakat ini. jemputkan dapatkan kedua-duanya nanti.

Tuesday, August 23, 2016




Majalah Mingguan Wanita Bil 1710 26 Ogos

Jemput baca cerpen saya yang bertajuk DIHIRIS PILU. 

Monday, June 20, 2016

SERAM: KISAH LATIFAH: Bab 1





Kampung Silak Tua

SEBAIK sahaja motorsikalnya masuk ke halaman rumah, Azim tidak dapat menahan diri daripada tersenyum. Melihatkan siapa yang duduk di atas pangkin di bawah pohon manggis bersama ibunya, dia rasa sangat bahagia. Sudah beberapa bulan wajah itu tidak dilihat.
“Dari pondok ke, bang?”
Sambil turun dari motorsikal, Azim mengangguk. Pertanyaan Bahiyah tidak meninggalkan kesan kerana di hatinya berkocak seribu satu pertanyaan buat adik bongsunya itu.
“Pukul berapa Bahiyah sampai? Cuti semester dah mula ke?”
“Taklah, bang. Cuti study week seminggu. Lepas tu kena balik semula. Tapi nak stay kat asrama pun, boring. Kawan-kawan semua balik. Takkan nak tinggal sorang pulak,” jawab Bahiyah.
“Eloklah macam tu. tapi nanti jangan asyik tengok televisyen pulak. Selepas seminggu satu apa pun tak belajar. Balik sini kosong. Balik sana pun kosong,” bidas Azim.
Bahiyah dan Mak Jiha hanya ketawa.
“Abang naik atas dulu. Balik sekejap aje ni. Nak ambil kitab.”
“Yalah,” balas Bahiyah.
“Tak makan dulu, Azim?” tegur Mak Jiha apabila Azim melangkah ke arah tangga.
Azim garu kepala.
“Tak, mak. Ustaz Hadi tak sihat hari ni. Jadi saya kena jaga budak-budak tu,” jawab Azim. “Insya-ALLAH malam nanti kita makan sama.”
Mak Jiha angguk sahaja.
Selepas beberapa minit, Azim pergi semula ke pondok agama yang dia uruskan bersama Ustaz Hadi. Dia tahu, dengan kepulangan Bahiyah ibunya akan berasa lebih gembira dan ada teman berbual.


“MAK... esok Bahiyah nak ke kampung sebelah.” Bahiyah bersuara sebelum menyuap nasi ke mulut. Asam pedas ikan pari masakan ibunya tengah hari itu buat dia makan bertambah-tambah.
“Ke kampung sebelah? Kampung yang mana satu?” Mak Jiha pandang muka Bahiyah lama-lama.
“Kampung sebelah hilir. Kampung Mati Api.”
“Kampung tu... nak buat apa ke situ?”
“Nak ke rumah kawan Bahiyah. Rosni.”
“Tapi selama ni tak pernah pulak mak dengar pasal kawan Bahiyah tu.”
“Dia junior Bahiyah tapi satu rumah. Baru masuk first semester. Dia pun balik sekali tadi tapi dia turun kat simpang. Nanti kakak dia jemput. Mak tahu ajelah. Bukan ada bas masuk ke kampung tu.”
“Kampung terpencil. Orang pun dah tak ramai duduk situ.”
“Tapi kampung tu tepi laut kan mak?”
Mak Jiha angguk.
“Rosni ajak mandi laut,” tambah Bahiyah.
“Tak payahlah. Situ bukan tempat orang berkelah. Pantainya pun tak boleh diduga.”
“Alah mak... bukan selalu.” Bahiyah tersenyum. Hatinya sudah tetap. Dia mahu ke rumah Rosni, berehat dan mandi-manda sampai petang.
“Ramai yang dah mati lemas kat situ,” balas Mak Jiha sambil menambah kuah asam pedas.
“Rosni kan ada? Tentu dia lebih tahu tempat mana yang selamat.”
“Tempat tu banyak ceritanya. Bahiyah janganlah turun ke laut. Pergi rumah kawan tu aje. Selepas tu balik.”
Mata Bahiyah terkebil-kebil. Hati berperang hebat. Antara kehendak hati dan tegahan ibunya. Dia belum dapat membuat keputusan.
“Nak pergi macam mana esok tu?”
“Pinjam motorsikal abang?”
“Itu kena tanya Abang Azim. Mak rasa macam tak ada harapan aje.”
Bahiyah terdiam. Akal tercari-cari jalan penyelesaian yang lain. Dia hendak pergi juga.


Thursday, March 24, 2016

Antologi ISTANA




Pesanan untuk Antologi ISTANA sudah dibuka sehingga 30 Mac 2016

Hubungi:

pnmaria1@gmail.com


Thursday, March 10, 2016

Antologi ISTANA - Pre-Order sudah dibuka.


Harga Antologi ISTANA ialah RM 26.00/RM 29.00
Pre-Order sudah dibuka untuk pembelian terus melalui saya. 
Kepada yang berminat, sila hubungi saya melalui e-mel; pnmaria1@gmail.com

Pembayaran hanya boleh dibuat mulai 24 Mac- 30 Mac 2016.
Penghantaran dibuat sebaik sahaja buku tiba di tangan. 


Monday, March 7, 2016

Lengloi dan Anak Patung Nana - Carta Terlaris 20


Alhamdulillah. Sekali lagi Lengloi dan Anak Patung Nana berada dalam carta terlaris jualan. Terima kasih kepada semua yang datang ke Karnival Karangkraf 2016 dan mendapatkan kedua-dua buah buku tersebut. Jangan lupa dapatkan antologi ISTANA tidak lama lagi.

Wednesday, March 2, 2016

Antologi- ISTANA


Alhamdulillah.
Cover untuk buku antologi -ISTANA telah dikeluarkan oleh penerbit.
Di dalam buku ini saya menyumbangkan sebuah kisah yang bertajuk - GUNDIK UYANG.
Buat masa ini harga dan lain-lain maklumat belum diberitahu lagi.





Monday, February 29, 2016

PUJA - Cetakan kedua!



Alhamdulillah. Saya sangat bersyukur dan rasa amat gembira apabila melihat novel PUJA cetakan kedua di Karnival Karangkraf 2016 yang lalu. Sudah lama saya menati saat itu dan ia dirasakan amat manis sekali.
 PUJA cetakan kedua menggunakan versi kertas kuning yang lebih ringan. Masih mengekalkan cover dan harga yang sama walaupun rupanya lebih tebal. Saya harap dengan cetakan terbaharu ini, PUJA berjaya menambat hati lebih ramai pembeli untuk mengikuti kisah seram di Kampung Silak Tua.

 

Wednesday, February 24, 2016

Anak Patung Nana -diulangcetak!


Alhamdulillah. Setelah LENGLOI diulangcetak, Anak Patung Nana pula menurut jejak. Terima kasih atas sokongan semua. Anak Patung Nana boleh dibeli di kedai-kedai buku dan juga di Karnival Karangkraf 2016 nanti.


Tuesday, February 23, 2016

Seramlicious di Karnival Karangkraf 2016


Antara novel-novel seram terbitan BukuPRIMA di Karnival Karangkraf 2016  (26-28 Feb 2016) di Shah Alam, Selangor.

Dapatkan Lengloi, Anak Patung Nana, Puja, Suara Tengah Malam dan Gaun Berdarah di sana dengan harga diskaun yang hebat.

Monday, February 22, 2016

Lengloi - Diulangcetak!



Alhamdulillah. berita yang terpapar di page BukuPrima/Facebook.
Semoga dengan ini Lengloi dan Suara Tengah Malam mendapat sambutan
 di Karnival karangkraf 2016 nanti.


Sunday, February 21, 2016

Lengloi -review di Page Typen_




Terima kasih ADMIN page Typen_




Dapatkan LENGLOI di pasaran sekarang.