Kampung Silak Tua
SEBAIK sahaja
motorsikalnya masuk ke halaman rumah, Azim tidak dapat menahan diri daripada
tersenyum. Melihatkan siapa yang duduk di atas pangkin di bawah pohon manggis
bersama ibunya, dia rasa sangat bahagia. Sudah beberapa bulan wajah itu tidak
dilihat.
“Dari pondok ke,
bang?”
Sambil turun dari
motorsikal, Azim mengangguk. Pertanyaan Bahiyah tidak meninggalkan kesan kerana
di hatinya berkocak seribu satu pertanyaan buat adik bongsunya itu.
“Pukul berapa
Bahiyah sampai? Cuti semester dah mula ke?”
“Taklah,
bang. Cuti study week seminggu. Lepas
tu kena balik semula. Tapi nak stay
kat asrama pun, boring. Kawan-kawan
semua balik. Takkan nak tinggal sorang pulak,” jawab Bahiyah.
“Eloklah
macam tu. tapi nanti jangan asyik tengok televisyen pulak. Selepas seminggu
satu apa pun tak belajar. Balik sini kosong. Balik sana pun kosong,” bidas
Azim.
Bahiyah
dan Mak Jiha hanya ketawa.
“Abang
naik atas dulu. Balik sekejap aje ni. Nak ambil kitab.”
“Yalah,”
balas Bahiyah.
“Tak
makan dulu, Azim?” tegur Mak Jiha apabila Azim melangkah ke arah tangga.
Azim
garu kepala.
“Tak,
mak. Ustaz Hadi tak sihat hari ni. Jadi saya kena jaga budak-budak tu,” jawab
Azim. “Insya-ALLAH malam nanti kita makan
sama.”
Mak Jiha angguk
sahaja.
Selepas beberapa
minit, Azim pergi semula ke pondok agama yang dia uruskan bersama Ustaz Hadi.
Dia tahu, dengan kepulangan Bahiyah ibunya akan berasa lebih gembira dan ada
teman berbual.
“MAK... esok Bahiyah
nak ke kampung sebelah.” Bahiyah bersuara sebelum menyuap nasi ke mulut. Asam
pedas ikan pari masakan ibunya tengah hari itu buat dia makan bertambah-tambah.
“Ke kampung
sebelah? Kampung yang mana satu?” Mak Jiha pandang muka Bahiyah lama-lama.
“Kampung sebelah hilir.
Kampung Mati Api.”
“Kampung tu... nak
buat apa ke situ?”
“Nak ke rumah
kawan Bahiyah. Rosni.”
“Tapi selama ni
tak pernah pulak mak dengar pasal kawan Bahiyah tu.”
“Dia junior Bahiyah tapi satu rumah. Baru
masuk first semester. Dia pun balik
sekali tadi tapi dia turun kat simpang. Nanti kakak dia jemput. Mak tahu
ajelah. Bukan ada bas masuk ke kampung tu.”
“Kampung
terpencil. Orang pun dah tak ramai duduk situ.”
“Tapi kampung tu
tepi laut kan mak?”
Mak Jiha angguk.
“Rosni ajak mandi
laut,” tambah Bahiyah.
“Tak payahlah.
Situ bukan tempat orang berkelah. Pantainya pun tak boleh diduga.”
“Alah mak... bukan
selalu.” Bahiyah tersenyum. Hatinya sudah tetap. Dia mahu ke rumah Rosni,
berehat dan mandi-manda sampai petang.
“Ramai yang dah
mati lemas kat situ,” balas Mak Jiha sambil menambah kuah asam pedas.
“Rosni kan ada? Tentu
dia lebih tahu tempat mana yang selamat.”
“Tempat tu banyak
ceritanya. Bahiyah janganlah turun ke laut. Pergi rumah kawan tu aje. Selepas
tu balik.”
Mata Bahiyah
terkebil-kebil. Hati berperang hebat. Antara kehendak hati dan tegahan ibunya.
Dia belum dapat membuat keputusan.
“Nak pergi macam
mana esok tu?”
“Pinjam motorsikal
abang?”
“Itu kena tanya
Abang Azim. Mak rasa macam tak ada harapan aje.”
Bahiyah terdiam.
Akal tercari-cari jalan penyelesaian yang lain. Dia hendak pergi juga.
*HOKIBET
ReplyDelete*BUKATOGEL.COM
*DAFTAR
*REFERRAL
*BUKU MIMPI
*PREDIKSI
* Potongan/Discount Bukatogel.com :
* 2D : 29% = Rp. 70.000
* 3D : 56% = Rp. 400.000
* 4D : 65% = Rp. 3.000.000
* BBM : 7boc7177
* HP/SMS : +639277025291