Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Showing posts with label pengumuman. Show all posts
Wednesday, March 11, 2015
OFFER bulan Mac
Offer masih berjalan sehingga stok habis. Bagaimanapun sambutan sangat menggalakkan. Terima kasih. Kepada yang mahu mendapatkan tawaran ini boleh menghubungi saya di emel: pnmaria1@gmail.com
Labels:
pengumuman,
Rahsia Gadis VIP,
Seteguh Ilalang
Sunday, February 15, 2015
Stok JANJI JULIA 15 sudah ada!
Genre: Aksi-Thriller
Terbitan : ACE
ISBN 978-967-10077-6-1
Harga Semenanjung RM 24.00 + kos pos laju RM 3 = RM 27.00
Harga Sabah/Sarawak RM 27.00 + kos pos laju RM 3 = RM 30.00
SINOPSIS:
Dalam keadaan darurat dan negara kucar-kacir, Julia telah berjanji untuk menghantar kawan baiknya Mimi balik ke pangkuan keluarga. Namun apa yang menanti mereka di pertengahan jalan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan oleh mereka berdua. Dihimpit kelaparan dan ketakutan, mereka melarikan diri ke dalam hutan. Namun, itu juga bukan satu keputusan yang tepat.
Mimi terjerit nyaring apabila mendengar tembakan itu. Walaupun kedudukannya membelakangkan pondok, bunyi tembakan itu cukup menggerunkan.
“Ju...” tangisnya sambil terketar-ketar. Dia melingas-lingas mencari Julia.
Julia terpempan. Bunyi tembakan itu mengimbau semula ingatannya kepada bunyi tembakan dan letupan di lebuh raya beberapa hari yang lalu. Dia terasa seolah-olah kembali ke saat itu. Apakah itu penghujungnya perjalanan mereka berdua?
“Mimi, kalau terjadi apa-apa kat aku, jaga diri baik-baik. Bertahanlah. Ingat, kau mesti balik ke Ipoh,” pesannya apabila lelaki itu tetap menghala ke arahnya. Dia pasrah kalau ajalnya sudah tiba.
Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah mereka berdua mempertahankan bukan sahaja iman di dada dan nyawa tetapi juga maruah dan kesetiaan?
“Ini kawasan aku. Tak ada orang lain yang boleh masuk dan keluar sewenang-wenangnya. Aku akan pacak kepala mereka di pinggir sungai ini. Biar orang lain tahu, ini kawasan Kahar!” ~ Kahar
Lari dan terus lari… mereka mengejar!
Mimi terjerit nyaring apabila mendengar tembakan itu. Walaupun kedudukannya membelakangkan pondok, bunyi tembakan itu cukup menggerunkan.
“Ju...” tangisnya sambil terketar-ketar. Dia melingas-lingas mencari Julia.
Julia terpempan. Bunyi tembakan itu mengimbau semula ingatannya kepada bunyi tembakan dan letupan di lebuh raya beberapa hari yang lalu. Dia terasa seolah-olah kembali ke saat itu. Apakah itu penghujungnya perjalanan mereka berdua?
“Mimi, kalau terjadi apa-apa kat aku, jaga diri baik-baik. Bertahanlah. Ingat, kau mesti balik ke Ipoh,” pesannya apabila lelaki itu tetap menghala ke arahnya. Dia pasrah kalau ajalnya sudah tiba.
Apa yang berlaku seterusnya? Dapatkah mereka berdua mempertahankan bukan sahaja iman di dada dan nyawa tetapi juga maruah dan kesetiaan?
“Ini kawasan aku. Tak ada orang lain yang boleh masuk dan keluar sewenang-wenangnya. Aku akan pacak kepala mereka di pinggir sungai ini. Biar orang lain tahu, ini kawasan Kahar!” ~ Kahar
Lari dan terus lari… mereka mengejar!
Rantai kunci sebagai cenderamata. Terhad kepada 100 orang pembeli pertama sahaja.
REVIEW Janji Julia boleh dibaca DI SINI (Tekan)
REVIEW Janji Julia boleh dibaca DI SINI (Tekan)
Sebarang pertanyaan dan pesanan boleh dibuat melalui e-mel: pnmaria1@gmail.com
Buku ini tidak ada di kedai.
Wednesday, November 12, 2014
Stok PUJA sudah tiba !
Alhamdulillah. Stok novel PUJA sudah selamat tiba di tangan saya dan buat masa ini saya sedang berusaha menghantarnya kepada kawan-kawan yang sudah membuat pembayaran
Terima kasih banyak atas sokongan yang berterusan.
Stok novel PUJA belum sampai lagi ke kedai-kedai lagi.
Badge button PUJA untuk 100 pembeli yang pertama.
Kalendar Hijrah PUJA untuk 200 orang pembeli yang pertama.
Sekiranya anda berhajat mendapatkan novel PUJA berserta cenderahati di atas hubungi saya di : pnmaria1@gmail.com
Harga:
(Semenanjung)RM 21 + RM 6 untuk pos laju = RM 27
(Sabah dan Sarawak) RM 24 + RM 6 = RM 30
Harga:
(Semenanjung)RM 21 + RM 6 untuk pos laju = RM 27
(Sabah dan Sarawak) RM 24 + RM 6 = RM 30
Tuesday, October 28, 2014
Cover PUJA
Alhamdulillah, cover novel terbaharu saya yang bertajuk PUJA sudah dikeluarkan oleh pihak penerbit. Insya-Allah akan berada di kedai-kedai buku pada bulan 12.
Bagaimanapun kepada yang ingin membeli novel ini terus daripada saya, Bolehlah membuat pesanan terus melalui emel: pnmaria1@gmail.com
Wednesday, July 9, 2014
Sajak 'Cerita Di Sebuah Pelabuhan'
Alhamdulillah. Sajak saya yang bertajuk 'Cerita Di Sebuah Pelabuhan' mendapat tempat siaran dalam majalah Mingguan Wanita Bil 1599. Jemputlah baca.
Saturday, May 3, 2014
Dapatkan novel Suara Tengah Malam dan Gaun Berdarah
Kepada kawan-kawan yang berkunjung ke PBAKL14 di PWTC yang sedang berlangsung sekarang.
Harap sudi mendapatkan novel Suara Tengah Malam dan Antologi Jiwa Kacau 2 : Gaun Berdarah
yang memuatkan sebuah cerpen saya yang bertajuk 'No, Papa. No!'.
Mungkin selepas pesta nanti antologi ini akan berada di rak-rak buku pula.
Thursday, May 1, 2014
Dapatkan RAHSIA GADIS VIP di M 30
Thursday, April 24, 2014
Jadual bertugas di PBAKL 14. Jumpa di sana!
Wednesday, April 23, 2014
Dapatkan novel Rahsia Gadis VIP di PBAKL 14
Makluman terkini:
Novel Rahsia Gadis VIp, Seteguh Ilalang dan Sepatu Queen
akan boleh dibeli terus di PBAKL 14 di Booth 4115 Online Bookstore
mulai pagi 27 hb April 2014.
saya akan berada di booth 4115 untuk sesi tanda tangan
pada 27 April 14 dari pukul 10.00 am-12 am.
Jemput datang beramai-ramai.
Sepatu Queen
Rahsia gadis VIP dan Seteguh Ilalang
Monday, April 21, 2014
Sesi bertemu pembaca pada 27 hb April 2014
Tarikh: 27 hb April 2014
Tempat : Buku PRIMA: Dewan Tun Dr Ismail dan Dewan Merdeka.
Masa: 3.00 pm-6.00 pm
Jemput datang ya.
Wednesday, April 16, 2014
Stok novel Rahsia Gadis VIP sudah siap !
Alhamdulillah. Petang tadi novel Rahsia Gadis VIP sudah pun siap dicetak.
Jadi kepada sesiapa yang ingin membaca novel ini, bolehlah membuat pesanan terus ke e-mel saya: pnmaria1@gmail.com
Harga : RM 28.00 (Semenanjung)
Harga: RM 30.00 (Sabah/Sarawak)
TIDAK ADA KOS POS LAJU
TIDAK ADA KOS POS LAJU
Untuk siaran di blog, hanya 15 bab akan dimasukkan.
Bermakna tinggal lagi 2 bab sahaja sebelum cerita itu dihentikan.
Cenderamata kecil untuk 100 pembeli pertama.
Friday, March 28, 2014
Stok novel SETEGUH ILALANg yang baharu sudah ada
Alhamdulillah sudah 3 kali penghantaran novel Seteguh Ilalang dibuat setakat ini. Stok masih ada.
Harga : RM 26.00 /semenanjung dan RM 29.00 /Sabah dan Sarawak.
Tiada kos penghantaran dikenakan.
Tiada kos penghantaran dikenakan.
Pembeli novel ini ataupun mana-mana novel saya yang lain juga
akan menerima bookmark khas seperti di bawah.
Untuk tempahan sila hantarkan pesanan ke e-mel: pnmaria1@gmail.com
Untuk tempahan sila hantarkan pesanan ke e-mel: pnmaria1@gmail.com
Novel terbaharu sedang dalam proses. Nanti saya maklumkan.
Wednesday, March 26, 2014
Cerpen SEGULUNG IJAZAH BUAT MIZWAR
Alhamdulillah, setelah menunggu lama akhirnya cerpen 'Segulung Ijazah Buat Mizwar' telah disiarkan dalam majalah Seri Dewi dan Keluarga bulan April 2014.
Jemputlah membaca cerpan ini di sana.
Monday, March 24, 2014
Novel SETEGUH ILALANG dengan cover baharu
Alhamdulillah. akhirnya novel Seteguh Ilalang cetakan terbaharu siap juga.
Malah kini Seteguh Ilalang akan berwajah baharu yang lebih cerah.
Harga di semenanjung hanya RM 26.00.
tempahan boleh dibuat terus ke e-mel: pnmaria1@gmail.com
Seteguh Ilalang merupakan sebuah novel Soft-Mystery dan nantikan sebuah lagi novel Soft-Mystery saya yang terbaharu pada bulan April 2014, Insya-ALLAH
Saturday, March 1, 2014
Mari beli buku
Hari ini saya ingin memberitahu bahawa saya mempunyai stok beberapa tajuk novel saya antaranya ialah:
1. Sejak Kita Bertemu : RM 24/ RM 27 (S/S)
2. Erti Cinta : RM 19/ RM 22 (S/S
3. Datang Pada Waktunya: RM 20/ RM 23 (S/S)
4. Sepatu Queen : RM 20/ RM 22 (S/S)
5 Antologi Tentang Cinta : RM 18/ RM 20 (S/S)
6. Strawberi Coklat Untuk Ella: RM 18/ RM 20 (S/S)
* Suara Tengah Malam -masih menanti stok.
Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan novel-novel ini daripada saya, boleh hubungi saya di alamat e-mel: pnmaria1@gmail.com
Kepada yang sudah mendapatkannya dan sudah membaca, saya ucapkan berbanyak terima kasih atas sokongan anda. Nantikan novel terbaharu saya pula ya.
Monday, February 3, 2014
Sesi Temu Mesra 8 hb Feb 2014 (Sabtu)
Bersempena dengan Karnival Karangkraf 2014 yang akan berlangsung selama 3 hari
bermula dari 7, 8 dan 9 Februari 2014
di Kompleks Media Karangkraf, Sekyen 15, Shah Alam, Selangor
saya dijemput untuk sesi temu mesra
pada
8 hb Februari 2014
dari pukul 2-4 pm.
Jemputlah datang nanti ya.
Wednesday, January 22, 2014
Sejak Kita Bertemu boleh dibeli secara ONLINE
Buat masa ini novel Sejak Kita Bertemu
boleh juga dibeli secara ONLINE
melalui halaman KARYASENI (tekan)
Harga semenanjung ialah RM 24/ RM 27 (Sabah/Serawak)
Bagaimanapun sekiranya membeli secara online di sana
akan diberi Diskaun RM 3 dan penghantaran
adalah secara percuma.
Buat ketika ini novel SKB belum masuk lagi
ke pasaran.
Kepada yang sudah mendapatkannya saya ucapkan terima kasih banyak
dan
kepada yang ingin membaca review mengenai SKB
boleh baca di sini GOODREADS (tekan)
Tuesday, January 14, 2014
Sesi sain novel Sejak Kita Bertemu
Alhamdulillah. Semalam, hari Isnin (13/1) saya telah ke pejabat Karyaseni di Bandar Tun Hussein Onn untuk satu sesi sain novel terbaharu saya iaitu novel Sejak Kita Bertemu yang baru sahaja siap dicetak dan diterbitkan. Malah ketika ini, buku ini belum pun masuk ke kedai-kedai buku lagi.
Jumlah buku yang saya sain semalam lebih kurang 350 buah kesemuanya dan mengambil masa beberapa jam. Untuk 100 orang pembeli ONLINE yang pertama sudah saya sediakan cenderamata.
Pembaca juga boleh dapatkan novel ERTI CINTA bersama novel SEJAK KITA BERTEMU melalui penerbitnya Karyaseni. Ini disebabkan novel Erti Cinta tidak ada di kedai buku lagi.
Harga novel Erti Cinta ialah RM 19.00 dan harga novel sejak Kita Bertemu ialah RM 24.00. Nanti kalau sudah ada di kedai-kedai buku, saya akan maklumkan ya.
Terima kasih.
Jumlah buku yang saya sain semalam lebih kurang 350 buah kesemuanya dan mengambil masa beberapa jam. Untuk 100 orang pembeli ONLINE yang pertama sudah saya sediakan cenderamata.
Pembaca juga boleh dapatkan novel ERTI CINTA bersama novel SEJAK KITA BERTEMU melalui penerbitnya Karyaseni. Ini disebabkan novel Erti Cinta tidak ada di kedai buku lagi.
Harga novel Erti Cinta ialah RM 19.00 dan harga novel sejak Kita Bertemu ialah RM 24.00. Nanti kalau sudah ada di kedai-kedai buku, saya akan maklumkan ya.
Terima kasih.
Saturday, January 11, 2014
Cenderahati novel Sejak Kita Bertemu.
Kepada pembaca yang membuat pembelian secara ONLINE melalui penerbit Karyaseni, akan menerima buku nota kecil seperti di atas. Terhad untuk 100 orang pembeli yang pertama.
Kepada yang membeli melalui saya juga akan menerima cenderahati yang sama.
Terhad kepada 50 orang pembeli.
Sebarang pesanan boleh dibuat kepada:
pnmaria1@gmail.com
RM 24.00/ RM 26.00 (termasuk pos)
Monday, January 6, 2014
Novel SEJAK KITA BERTEMU sudah terbit !
Tajuk: Sejak Kita Bertemu
Penulis: CameliaPenerbit: Karyaseni
ISBN: 978-967-0246-63-5
Harga: RM24 (Semenanjung) // RM27 (Sabah & Sarawak)
BLURB:
Sejak ANIS SARINA menerima lamaran DAMIEN, hatinya sudah nekad untuk melupakan masa lalu. Namun, dia tidak pernah menyangka itu tidak cukup untuk menjamin kebahagiaan.
Kesangsian dan perasaan rendah diri menguji cinta terhadap Damien lebih-lebih lagi setelah kandungannya keguguran. Lantaran itu, Damien cuba mengubati hati Anis dengan membawa Anis bercuti di Vila Helena. Sebuah vila di tepi laut yang dihadiahkan oleh ayahnya, Tan Sri Dzairil.
Vila yang mempunyai kisah sendiri selama ini dan tersergam indah menggamit penghuninya.
“Kalau Anis tak suka tinggal di situ macam mana?” - ANIS
“Abang akan buat sampai Anis suka.” - DAMIEN
“Anis cuma nak abang janji dekat Anis. Kalau Anis tak suka tinggal di situ, kalau Anis mahu balik ke sini, abang mesti bawa Anis balik bila-bila masa yang Anis nak.” - ANIS
Namun halangannya bukan sahaja setakat itu. Hadir pula seorang gadis cantik yang penuh misteri bernama Maya.
Gadis yang tiba-tiba ada di dalam vila mereka dan mengundang rasa cemburu dalam hati Anis.
Kemudian keadaan diterukkan lagi dengan kemunculan seorang gadis yang bernama Hanna. Siapa Maya dan siapa Hanna?
Namun Damien juga punya keraguan sendiri.
“Anis tak payah berbohong. Tak payah nafikan. Abang tahu, abang tak setanding dia.” - DAMIEN
Antara Anis, Damien, Hanna dan Maya, siapakah yang berkata benar?
Mungkinkah cinta hilang nilainya tanpa rasa percaya?
Adakah semua itu ada kena-mengena dengan misteri di vila itu?
Mungkin benar kata ayah Damien, vila itu bukan lagi mahligai cinta tetapi lubuk segala petaka.
Labels:
pengumuman,
Sejak Kita Bertemu
Subscribe to:
Posts (Atom)





































