Showing posts with label Acara. Show all posts
Showing posts with label Acara. Show all posts
Tuesday, September 4, 2018
Acara BACA @ MRT
Pada 8 hb September 2018 (Sabtu) akan berlangsung satu acara Baca@ MRT yang dianjurkan oleh 3 kumpulan Fan Club iaitu RAMFC, APFC dan MKFC dengan sokongan kumpulan MyMove.
Oleh itu semua pembaca dijemput menyertai acara ini yang akan bermula dari 2 stesen MRT iaitu Stesen MRT Kajang dan Stesen MRT Sungai Buluh dan akan berkumpul di Stesen MRT Pasar Seni sekitar pukul 10.00 am.
Antara acara yang diaturkan:
-Baca buku dalam MRT.
-Bertemu penulis
-Penyerahan sumbangan buku kepada mini library MyMove di stesen MRT.
-Penjualan buku
-Sesi tanda tangan, beramah mesra dan bergambar bersama penulis.
Dijemput hadir beramai-ramai.
Monday, June 4, 2018
Acara pelancaran novel TAKRUT
Alhamdulillah pada tarikh 28 hb April 2018 yang selalu novel TAKRUT selamat dilancarkan dan membuat penampilan pertamanya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018. Satu majlis kecil diadakan bagi pelancaran novel tersebut dengan dihadiri penerbit, editor, ahli-ahli MKFC dan juga sahabat-sahabat pembaca.
Puan Alida selaku penerbit dan pengurus besar LoveNovelPublishing
bersama
AJK Tertinggi Maria Kajiwa Fan Club
Syukur Alhamdulillah. Novel TAKRUT-Stesen Terakhir telah mendapat sambutan yang sangat hebat dan tersenarai antara 10 novel yang bestseller di booth LNP sepanjang PBAKL2018 berlangsung. Terima kasih atas sambutan sahabat-sahabat pembaca.
Kepada yang masih ingin mendapatkan novel TAKRUT boleh menghubungi Puan Zully Azizan melalui WhatApps : 012-331 2141.
Kepada yang sudah membacanya dan ada maklum balas yang hendak diberikan boleh menghantar komen, tersebut ke e-mel saya: pnmaria1@gmail.com.
Terima kasih atas sokongan sahabat-sahabat pembaca tidak kira berada di mana. Insya-Allah saya akan jadikan sokongan anda semua sebagai semangat dan daya pemangkin kepada karya yang lebih baik pada masa akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)




