Sunday, May 15, 2011

Siapa nak novel Janji Julia PERCUMA?


Untuk pembaca Blog Elara yang dikasihi... saya ingin menghadiahkan anda 3 buah novel Janji Julia (RM 23.90) secara PERCUMA sebagai penghargaan kepada anda yang setia bersama saya sekian lama. Saya juga akan meneruskan tradisi ini untuk setiap novel saya selepas ini sebagai meraikan kejayaan saya bersama anda semua.

Syarat-syaratnya:

1)Jawab 1 soalan mudah iaitu:

Berikan nama 5 watak penting di dalam novel Janji Julia.

2) Hantarkan jawapan anda SEGERA ke kotak e-mel saya iaitu: pnmaria1@gmail.com.

3) 3 pengirim jawapan yang tepat dan terpantas, akan menerima sebuah novel Janji Julia setiap seorang.

4)Peluang ini hanya terbuka untuk rakyat Malaysia dan yang berada di dalam Malaysia sahaja. Kalau anda berada di luar negara, tak dapatlah saya hendak menghantarnya ke sana sebab kosnya yang tinggi.

Oleh itu, kepada pembaca blog ELARA sekalian, apa lagi... cepatlah menghantar jawapan anda.

Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.

1 comment:

Note: Only a member of this blog may post a comment.