Friday, November 11, 2011

ERTI CINTA diterbitkan Disember 2011 !


Ingat lagi dengan cerita ERTI CINTA? Anis, Maria, Joe dan Danny? Ya, akhirnya kisah sambungannya boleh diikuti apabila novel penuhnya diterbitkan oleh KARYASENI pada pertengahan Disember 2011 kelak.

Jika sudah lupa, apa kata kita imbas kembali beberapa bab mengenai cerita ini di Penulisan2U.

Terima kasih di atas sokongan anda kepada kisah mereka berempat. Dapatkan jawapan bagi setiap misteri yang ditinggalkan. Siapakah Danny? Mengapa Joe sentiasa memerhatikan Anis? Siapa pula Ray, Zack dan Damien?

Semuanya akan terjawab apabila novel ini berada di pasaran kelak. Tunggu ya! Bulan Disember..

3 comments:

  1. Saya tak baca lagi cerita ni. Tunggu beli versi cetak la. Senang nak baca sambil guling-guling atas katil.

    Apa-apa pun tahniah ya kak.

    ReplyDelete
  2. Tahniah, kak. Dah lama tunggu...yeyyyyyyyy

    ReplyDelete
  3. wah ! ta sabar nk baca novel ni . dah lma tnggu :D tahniah kak :)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.