Thursday, April 4, 2013

Cerpen Thriller: NO! PAPA, NO!



Saya persembahkan sebuah cerpen Psiko-Thriller di halaman ILHAM untuk bacaan anda sekalian. seperti biasa .......SELAMAT MENEMPUH SEBUAH LAGI PENGALAMAN......


Terima kasih.

Pukul 7.00 malam- hari mulai suram. Ruang tamu remang-remang.
“No! No! No! Papa, No!”
Seorang gadis kecil dalam lingkungan lima tahun menjerit dan menangis di atas katil. Jeritannya nyaring dan panjang namun gagal memanggil sesiapa menyelamatkannya. Dan seorang lelaki, bertubuh besar sedang menghimpitnya tanpa belas kasihan. Pintu bilik perlahan-lahan tertutup walaupun jeritan gadis kecil itu masih kedengaran. Babak berubah.
Noni terkebil-kebil. Sejak sejam yang lalu, dia duduk di hadapan televisyen menyaksikan filem yang ditayangkan. Cerita tentang seorang budak perempuan. Bagi Noni budak itu comel, rambutnya perang, berketak-ketak, matanya biru. Dia tidak faham kenapa budak itu menjerit tetapi jeritan budak itu sangat menyentuh hatinya. Dia rasa kasihan. Tidak sedar, dia sedang diperhatikan dari belakang.
“Mama mana?” Papanya masuk bertanya. Matanya melingas mencari-cari wajah lain selain wajah Noni.
Noni tersentak lalu menoleh. Dengan senyuman lebar dia menjawab, “Mama pergi kelas buat kek.”
“Noni tak ikut? Kak long mana? Ikut mama?”
Langkah kaki papa berhenti di pintu dapur. Kain langsir diselak sedikit. Matanya liar menyeluruhi seluruh ruang dapur yang tidak sebesar mana.
“Along ikut mama.”
Noni kembali menonton sambungan filem tadi. Sekarang budak itu sudah besar, rambutnya pendek. Wajahnya tidak lagi comel. Matanya menyimpan banyak kesengsaraan. Noni mula bosan. Dia belum puas melihat budak perempuan tadi tetapi dia tahu, dia tidak boleh buat apa-apa kerana itu cerita dalam TV. Akhirnya dia tunduk memandang buku latihan yang terbuka lebar di hadapannya.
Kerja rumah yang disuruh oleh guru tadika, masih tidak berusik banyak. Noni malas hendak buat. Bosan. Banyak sangat huruf ABC kena tulis. Jari Noni sakit.
Sedar-sedar kepalanya digosok lembut. Tapak tangan papa mendarat di situ, kemudian beralih ke atas bahu. Noni menoleh ke arah papa yang sudah duduk di sebelah Noni. Noni tahu papa baru balik kerja. Papa penat. Badan papa bau busuk.
“Noni tengok cerita apa ni?” Mata papa beralih ke kaca televisyen.
Noni angkat bahu. Noni sendiri tidak tahu cerita apa yang ditontonnya. Cuma Noni tidak suka sebab budak perempuan comel tadi sudah tidak ada. Bagaimanapun Noni simpan semuanya dalam hati.
Tangan papa merayap ke arah buku latihan Noni. Buku latihan yang bersaiz besar dan masih banyak kosong itu papa pandang.

BACA SETERUSNYA DI SANA. <- span="" tekan="">

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.