Friday, March 29, 2013

Cerpen: KERANA DIA BUKAN NURAIN



Sebuah lagi cerpen saya yang bertajuk 'KERANA DIA BUKAN NURAIN' disiarkan dalam majalah Mingguan Wanita Bil 1532 (29 mac-4 April 2013) 
Kali ini saya berkongsi kisah ketabahan dan kesabaran seorang perempuan yang bergelar isteri apabila tidak dipedulikan suami.
Jemputlah baca.


Muka depan majalah MW Bil 1532 yang menyiarkan cerpen tersebut.

Monday, March 25, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM : Bab 25 dan Bab 26


Saya sudah siarkan Bab 25 dan Bab 26  (TEKAN)  
di halaman ILHAM <- font="" nbsp="">

Sedutan:

“Main lagi,” pinta Zed. Dia hanya duduk di kerusi bersama orang-orangnya sambil tersenyum.
Liyana sedikit bingung. Sikap Zed malam itu, memang tidak difahaminya. Dengan muka yang bengkak, mulut yang luka, lelaki itu boleh mengajaknya bermain bowling. Dia tidak dapat langsung mencantumkan dua senario itu, akan tetapi dia ikutkan sahaja rentak Zed. Dia ingin tahu sejauh mana Zed akan mengujinya.
Satu demi satu bola bowling dibalingnya. Jarang sekali ada yang menumbangkan pin. Kebanyakannya masuk longkang. Tetapi Zed tidak marah atau berkata apa-apa, sehinggalah satu ketika, pergelangan tangannya mula sakit. Dia meminta untuk berhenti bermain dan berehat.
“Balik,” kata Zed pula.
Setelah menukar kasut, dia dibawa balik ke pangsapuri semula. Sehingga dia melelapkan mata pada malam itu, dia masih tidak faham apa yang Zed cuba lakukan kepada dia.

Wednesday, March 20, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM: Bab 23 dan Bab 24



Jemput baca ya. Ini detik-detik Adam dan Rafik mula berkawan dan bergabung tenaga menyiasat suara budak kecil yang menyanyi lagu 'Xiao Lau Shu'

Monday, March 18, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM - Bab 22


Sambungan kisah MISTERI CINTA SEMALAM Bab 22 sudah ada di ILHAM.
Jemput Baca.


****************

PENGUMUMAN

Pada bulan APRIL, siaran kisah Misteri Cinta Semalam dihentikan sementara
untuk memberi laluan kepada novel SEPATU QUEEN
yang akan diterbitkan pada bulan hadapan.

SEPATU QUEEN bukanlah kisah Misteri-Seram-Thriller
tetapi sebuah kisah CHICKLIT yang ringan, santai dan humor
yang saya tulis untuk pembaca wanita/gadis amnya.

Semoga anda semua sudi terus memberikan sokongan kepada saya nanti.
Terima kasih.

Dari meja,
MK


Wednesday, March 13, 2013

Monday, March 11, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM : Bab 19



Bab 19  MISTERI CINTA SEMALAM sudah disiarkan di ILHAM.
Jemput Baca.

Bab 19 <-- p="">

Saturday, March 9, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM- Bab 17 dan Bab 18


MISTERI CINTA SEMALAM sudah disambung Bab 17 dan Bab 18 (sebab Bab 17 itu pendek sahaja)
Jemput baca di ILHAM