Saya sudah siarkan Bab 25 dan Bab 26 (TEKAN)
di halaman ILHAM <- font="" nbsp="">->
Sedutan:
“Main lagi,” pinta Zed. Dia hanya
duduk di kerusi bersama orang-orangnya sambil tersenyum.
Liyana sedikit bingung. Sikap Zed
malam itu, memang tidak difahaminya. Dengan muka yang bengkak, mulut yang luka,
lelaki itu boleh mengajaknya bermain bowling. Dia tidak dapat langsung
mencantumkan dua senario itu, akan tetapi dia ikutkan sahaja rentak Zed. Dia
ingin tahu sejauh mana Zed akan mengujinya.
Satu demi satu bola bowling
dibalingnya. Jarang sekali ada yang menumbangkan pin. Kebanyakannya masuk
longkang. Tetapi Zed tidak marah atau berkata apa-apa, sehinggalah satu ketika,
pergelangan tangannya mula sakit. Dia meminta untuk berhenti bermain dan
berehat.
“Balik,” kata Zed pula.
Setelah menukar kasut, dia dibawa
balik ke pangsapuri semula. Sehingga dia melelapkan mata pada malam itu, dia
masih tidak faham apa yang Zed cuba lakukan kepada dia.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.