“Yang nilah cantik.”
“Yang ni lagi cantik.”
“Dia suka warna biru. Ambil yang nilah.”
“Tapi yang ni aku rasa lagi cantik.Yang tu nampak
murah aje.”
Seminit, dua minit, tiga minit. Kemudian jadi
berminit-minit. Aku yang menunggu sudah rasa jemu. Pilih kad hari jadi bagaikan
hendak pilih baju, rungutku dalam hati apabila dua orang gadis masih belum
berganjak dari rak yang menempatkan pelbagai kad ucapan hari jadi. Aku yang
mahu ke situ terpaksa beralah. Ingatkan sekejap sahaja, rupanya sudah hampir
setengah jam.
“Untuk kekasih.” Salah seorang daripada gadis-gadis
bersuara. Di tangannya ada sekeping kad ucapan hari jadi.
Aku yang memerhati dari tepi rak yang menempatkan
pelbagai jenis sampul surat tertarik pada kad yang dipegang. Memang cantik. Aku
teringin membelinya.
“Berangan kau, doe. Entah bila tahun budak tu jadi
kekasih kau,” perli yang seorang lagi.
Aku termenung sendiri. Ya, entah bila dia jadi
kekasih aku…
*****
10 tahun yang lalu…
“Kesian. Kesian.”
Suara yang tidak asing lagi kedengaran. Aku menelan
air liur dan menunduk semula membaca nota.
“Lupakanlah sajalah orang tu. Orang tu dah ada
makwe. Takkan ingat kau lagi.”
“Diamlah, Min.” bentakku separuh kuat. Tidak jauh
dari tempat aku duduk menekuni nota-nota SPM ada empat orang pelajar Cina yang
sedang rancak berbincang. Walaupun aku yakin mereka tidak mendengarnya namun
rasa cuak tetap ada.
Kawanku yang bernama Min ketawa. Dia duduk di
sebelahku sambil meletakkan buku-buku teks di hadapannya. Kemudian memandang ke
tengah padang di mana dua pasukan hoki sedang giat berlatih. Salah seorangnya
adalah, dia.
“Siapa menang?”
Aku menoleh ke arah Min yang berwajah bulat.
“Oh… aku lupa. Kau bukan tengok perlawanan. Kau
tengok orang tu.” Min tersenyum lebar.
“Nak kena cubit ke nak kena tolak?” balasku garang.
Geram kerana kata-kata Min yang sentiasa menyakitkan hati.
“Dua-dua tak nak,” balas Min. Kemudian bertempik.
“Eh! Dia jatuhlah!’
Aku segera menoleh ke arah padang tetapi tidak ada
apa pun yang pelik.
Min ketawa lagi. “Nampak benar kau sayang dia ya?”
BACA SAMBUNGANNYA DI : TEKAN SINI
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.