“Apa khabar
sekarang?” tanyaku seikhlasnya walaupun di hujung pertanyaan itu hatiku
kelesah.
“Baik.” Fira
menjawab perlahan, sekali dengan anggukan. Kemudian menoleh ke arah lain lalu
beredar.
Aku yang
tercegat di tepi meja hidangan bufet hanya mampu memandang dan melihat dia
pergi. Sukar sekali untuk kutafsirkan apakah perasaannya kerana terserempak
dengan aku di situ. Tapi yang pastinya, tidak ada lagi garis-garis gembira dan
bahagia seperti yang pernah ada dua tahun yang lalu. Aku rasa kehilangan.
“Razi, you nak
air apa? I ambilkan.” Laila menyapa aku yang masih tercegat bersama sepiring
kek Red Velvet.
“Tak apa, I
boleh ambil.” Aku meninggalkan Laila lalu mencari tempat duduk di satu sudut.
Namun sebaik sahaja aku meletakkan punggung, aku rasa bertambah hampa. Di situ
aku gagal melihat kelibat Fira. Entah di mana dia duduk, aku tidak tahu.
Laila yang baru
tiba bersama semangkuk bubur, turut terpandang-pandang sekeliling. Sama-sama
mencari apa yang aku cari.
“You cari apa?”
tanyanya.
Aku geleng. Kini
mataku tunduk memerhati dua potongan kecil kek Red Velvet di atas pingganku.
Kek yang mempunyai sejarah aku dan Fira.
“You belum ambil
air,” tegur Laila lagi sambil menjeling mejaku yang kosong.
Untuk tidak
mengelakkan mulut Laila terus riuh, aku gamit seorang pelayan supaya datang
kepadaku. Aku minta dihidangkan secawan kopi.
“You ni kan…
suka sangat minum kopi. Dari pagi tadi sampai ke petang ni, I rasa you dah
minum empat cawan kopi.”
Aku mengeluh
perlahan-lahan. Nampaknya mulut Laila tetap riuh juga. Namun di sebalik itu
semua aku tidak pula rasa terhibur. Aku rasa seperti berada di dunia lain.
Fikiranku masih tertumpu kepada Fira yang nampak tenang dan matang. Adakah
perpisahan itu benar-benar membahagiakan dia? Aku rasa terkilan.
*******
Dua
tahun yang lalu….
“Kenapa? I cuma
mahu tahu kenapa. Itu sahaja.”
Fira tetap
memasamkan muka. Dia hanya merenung jauh kota Kuala Lumpur yang tampak dari
balik kaca di sebelahnya. Waktu itu langit gelap, awan menanti masa untuk
menangis.
“Sekurang-kurangnya
beri satu sebab kenapa Fira nak putuskan hubungan kita. Jangan pergi tanpa
sebarang alasan,” pintaku lagi pada waktu itu.
Tetapi Fira cuma
menggeleng dan mengunci mulut.
Aku merenung
lama wajah Fira, gadis yang aku benar-benar cinta seluruh jiwa dan raga.
Rasanya tidak ada apa lagi yang tidak aku berikan kepadanya namun nampaknya
semua itu masih tidak mencukupi buatnya.
“Cakaplah. I
janji I takkan marah,” pujukku lagi. Walaupun aku tahu di saat itu aku sendiri
meragui kemampuanku.
Fira tetap
menggeleng.
Akhirnya aku
mengalah dengan kemahuan Fira. Keputusan Fira itu aku terima walaupun aku tidak
tahu apa puncanya Fira berubah arah. Buat apa aku memaksa Fira menerima diriku
lagi sedangkan diriku sudah tidak ada makna dalam hidupnya. Namun terima dan
rela itu dua perkara yang berbeza. Aku terpaksa melepaskan Fira dari hidupku
namun aku tidak rela. Aku sengsara.
******
“Bila you nak kahwin?”
Teguran Laila
mengembalikan aku ke alam nyata. Namun aku tidak memberikan apa-apa reaksi atas
pertanyaan itu. Fikiranku masih jauh terawang-awang mengingati saat-saat
manisku bersama Fira. Kalaullah Fira datang kembali kepadaku… akan kusambut dia
dengan penuh rindu dan kemaafan. Akan kubalut dia dengan cinta dan harapan. Ah!
Kalaulah…
“You fikir apa?”
tanya Laila lagi.
Aku geleng. Dua
potongan kek Red Velvet tadi masih belum kusentuh. Rasanya seperti tidak
sanggup pula menyentuhnya dan membawa ke mulut. Lalu aku capai kopi yang masih
belum ditaruh gula dan susu, kuteguk hingga habis. Aku seolah-olah cuba
membandingkan kepahitan kopi itu dengan segala rasa pahit yang ada di hati.
“Dah lama you single. You… tak nak cari pengganti ke?”
Laila bertanya dengan cukup selamba.
Aku cuba
tersenyum. Aku baru tersedar yang aku tidak berseorangan di situ. Di sisiku ada
Laila yang cantik manis. Namun kemudiannya aku geleng. Pengganti? Itu tidak
pernah kufikirkan kerana aku masih merasakan kehadiran Fira dalam hatiku. Fira
yang membayangi diriku.
“Takkan tak ada
perempuan lain dalam dunia ni yang boleh tarik hati you? Lagipun sampai bila
you nak stay macam ni?”
“Kalau I tak
kahwin pun, bukannya menyusahkan sesiapa,” balasku. Entah kenapa pertanyaan
Laila mula membuatkan aku berasa jengkel. Kenapa hal peribadi aku yang
disibukkan? Selama ini pun, aku hidup aman damai bersendirian, cuma sunyi
setelah Fira pergi. Itu sahaja.
“Zaman sekarang
ni, lelaki yang lambat kahwin pun sudah dipandang serong tau.” Laila tersenyum
sinis.
“Why?”
“Yalah… kalau
lelaki lambat kahwin, orang mesti fikir… dia tu gay. Tak minat perempuan.”
Aku ketawa
kecil. “Soal aku gay atau bukan, itu soal aku. Biarlah orang nak fikir apa
pun.”
Laila tarik
nafas panjang.
“Apa yang you
susahkan ni?” Aku bertanya pula. Aku tidak suka pula melihat kerisauan yang
terpancar di wajah Laila.
“Tak adalah.
Gosip pasal you dah heboh di pejabat. I cuma nak ingatkan you saja pasal ni.”
“Gosip?” Mataku
terkebil-kebil tetapi aku tidak berasa terlalu terkejut. Pasti ada mulut-mulut
yang gatal menghebahkan fitnah yang entah apa-apa di belakangku. Manusia.
Laila angguk.
“Lebih baik you kahwin cepat atau… cari saja girlfriend baru.”
Aku tersenyum. “I
perlu kahwin semata-mata untuk menutup gosip? I perlu cari girlfriend secepat mungkin semata-mata untuk menutup mulut orang?”
Laila angguk
lagi.
Aku pula geleng.
Senyuman di
wajah Laila pudar.
“I takkan kahwin
semata-mata untuk tutup mulut orang. Lagipun…” Aku terdiam. Jawapan seterusnya
terhenti apabila aku terpandang Fira sedang melangkah keluar bersama beberapa
orang lelaki yang aku percaya majikannya.
Fira menoleh ke
arahku sebentar. Sempat dilayangkan senyuman yang sukar sekali aku tafsirkan.
Aku termangu di
situ. Rasanya jiwaku sudah terbang melayang mendekati dia.
“Siapa tu?”
Laila menegur.
Baru aku sedar
Fira sudah tiada di situ. Lalu aku menjawab dengan rasa bangga, “Ex-Girlfriend.”
Mulut Laila
terlopong seketika sebelum dia mengangguk lemah. “You.. masih ingatkan dia?”
Aku angguk.
“Bukan saja ingat, malah I masih harapkan dia balik pada I.”
“You tunggu
dia?”
“Yeah. I masih
tunggu dia.”
“But
why? Selama mana you nak tunggu dia?”
Aku angkat bahu.
“Oh
my god….” kata Laila sambil menggeleng keras. Bulat matanya
merenung wajahku.
Aku selamba
sahaja. Kek Red Velvet aku suapkan ke mulut. Rasanya masih sama seperti dulu,
warna merahnya juga masih indah. Dan rasa Red Velvet yang lemak manis itu masih
dapat menandingi rasa kopi yang pahit. Pantas menenggelamkan segala rasa sedih dan kecewa.
Lalu aku tahu
cintaku pada Fira masih utuh walaupun Fira sudah jauh. Kopi dan Red
Velvet…aku dan Fira. Ternyata aku masih
tewas pada rasa cinta seperti lidahku tewas kepada rasa Red Velvet.
TAMAT
:)
ReplyDeleteNape fira mtk break?? Xmau smbg lg ke cik writer?? Huhu
ReplyDeleteMungkin tidak kali ini. Terima kasih kerana membaca.
ReplyDeleteapa hubungan antara kek velvet dan kopi dengan 'aku' dan Fira?
ReplyDeleteFira memang sangat mencintai pasangannya
ReplyDelete*HOKIBET
ReplyDelete*BUKATOGEL.COM
*DAFTAR
*REFERRAL
*BUKU MIMPI
*PREDIKSI
* Potongan/Discount Bukatogel.com :
* 2D : 29% = Rp. 70.000
* 3D : 56% = Rp. 400.000
* 4D : 65% = Rp. 3.000.000
* BBM : 7boc7177
* HP/SMS : +639277025291