Terbitan: Aurora Creative
ISBN 978-967-10077-5-4
~Adakah Tuhan akan mengampunkan saya, umi?~
*Ia merupakan sebuah novel soft-mystery
HAMPIR tengah malam,
baru Jazz sampai ke bilik hotelnya semula. Kunci kereta sewa dicampak sahaja di
atas meja solek. Dia segera menanggalkan skarf dan jaket yang dipakainya.
Perlahan-lahan dia berbaring di atas katil sambil menelentang. Lesu sungguh
rasanya.
“Kau
ke mana sepanjang hari ni? Kenapa tak angkat panggilan? SMS pun tak jawab.”
Dia
teringatkan pertanyaan Remy yang bertubi-tubi masuk ke telinganya sebaik sahaja
dia membuat panggilan ke London dua jam yang lalu. Pada waktu itu dia berhenti
di sebuah stesen minyak.
“Aku
dah telefon ni, kan? Tak payahlah bising lagi,” balasnya.
“Kau
dah janji akan sentiasa berhubung dengan aku, kan? Kenapa kau buat aku macam
orang bodoh dekat London ni?”
“Bukan
salah aku kalau kau rasa bodoh. Aku tahulah apa yang aku patut buat. Lainlah
kalau aku dah hilang selama tiga hari. Ini, baru beberapa jam.”
“Beberapa
jam pun penting juga,” bidas Remy. “Ni dah sampai dekat telinga aku, ada orang
nampak kau di sana.”
Jazz
tergamam. “Hantu betul! Siapa yang cakap?”
“Itu
tak penting tapi hati-hatilah sikit. Teruk aku nak menjawabnya nanti. Itu pun
entah esok lusa keluar dalam paper cerita
yang entah apa-apa.”
“Kau
ingat aku sengaja nak tunjuk muka?” Jazz mula rasa panas hati.
“Aku
dah cukup bertolak-ansur dengan kau, Jazz. Tapi kalau kau tak mahu ikut cakap
aku, aku pun tak boleh selamatkan kau kalau apa-apa hal berlaku.”
Jazz
tarik nafas dalam-dalam.
“Okey, I’m sorry,” katanya.
Dia sedar buat masa itu mereka berdua tidak patut bermusuh dan bertelagah,
sebaliknya harus bersatu menyelesaikan apa sahaja masalah yang timbul. “Tapi
aku dah hati-hati.”
“Okey,
aku percaya,” balas Remy. “Tiga hari lagi aku balik ke sana. Tolong book bilik untuk aku.”
“Aku
dah uruskan.”
“Jazz,”
panggil Remy. “Kau ke mana tadi? Apa semua ni?”
Jazz
diam sahaja. Dan hingga ke saat itu pertanyaan Remy masih tidak dijawabnya tapi
dia percaya Remy tetap akan mendesak dan bertanya selagi dia tidak tahu. Itu
memang sifat Remy. Dia cuma bimbang kalau-kalau dia tidak dapat bertahan dengan
desakan itu.
Baginya,
Remy juga tidak patut tahu.
SELEPAS
berendam hampir sejam dalam tab, Jazz meninggalkan bilik mandi. Dengan rambut
yang masih basah, dia berbaring semula di atas katil. Dia tidak kisah lagi
kalau bantalnya basah akibat sikapnya itu dia cuma mahu melepaskan segala lelah
dan resah yang melandanya sejak seminggu yang lalu. Sekarang, hal itu sudah
selesai dan dia boleh meneruskan hidupnya dengan aman.
Sayangnya,
baru sahaja mimpinya mahu berlayar jauh, telefon bimbitnya berbunyi pula.
“Kau
belum tidur, kan?” Suara Sofia bergema melalui telefon sebaik sahaja dijawab
Jazz.
“Macam
mana kau dapat nombor telefon ni?”
Sofia
hanya ketawa kecil.
“Hantu
kau, Sofia! Kau buka telefon aku ya?” tambah Jazz. Dia baru teringat yang
telefon miliknya telah berada dalam tangan Sofia beberapa jam yang lalu. Ah!
Dia ingin menjerit kerana di dalam telefon itu terkandung banyak gambar
peribadinya. Kalaulah Sofia…
“Well… aku
tengok gambar kau, baca e-mel kau dan…salin semua nombor telefon yang ada dalam
tu.”
“Kau memang licik, Sofia.” Dada Jazz sudah
sesak.
“Terima
kasih atas pujian tu.”
“Apa
kau nak?”
“Kau
pun tahu apa yang aku nak, kan?”
Jazz
menggeleng. Dia tidak sangka dia akan bertemu dengan manusia sekejam Sofia
dalam hidupnya.
“Apa
kena-mengena dengan aku pula? Kau pun tahu aku tak terlibat dengan hal tu.”
“Memanglah
tapi…”
“Aku
tak tahu apa-apa,” sampuk Jazz. Kepalanya jadi sakit akibat deruan darah yang
menggila.
“Kalau
aku boleh terima alasan tu, tak perlulah aku call engkau tengah-tengah malam ni…,” balas Sofia. “Buat habis
kredit aku aje.”
“Sofia…
kau pun tahu aku tak terlibat, kan? Kenapa kau nak ganggu aku? Tolonglah…
jangan libatkan aku dengan masalah ni. Ini bukan masalah aku.”
Sofia
ketawa lagi.
“Selagi
aku tak dapat satu nama… anggap aje kau berhutang dengan aku. Selagi kau tak bayar
hutang kau, aku akan tuntut dengan apa cara aje yang aku tahu.”
“Kau
ugut aku, Sofia?”
“Taklah…aku
cuma tuntut hutang aku.”
“Seingat
aku, aku tak ada buat salah pada engkau. Kenapa kau nak ganggu hidup aku?”
“I love my mum very
much. That’s why.”
Jazz
mengeluh. Dia tahu tidak gunanya lagi dia berbincang apa-apa dengan Sofia.
Perempuan itu sungguh nekad dan licik. Kepala batu. Hati kayu.
“Ingat…
aku nak kau beritahu aku satu nama dalam masa seminggu. Macam mana caranya aku
tak tahu. Kalau tak… gambar-gambar kau dengan Remy dan beberapa orang kenamaan
akan menjadi tajuk utama akhbar. Aku sangat yakin, wartawan akan berebut-rebut
untuk dapatkan semua gambar tu. … kau juga tahukan apa yang aku tahu?”
Jazz
cuma menggelengkan kepala. Air matanya menitik ke bantal yang sudah sedia
basah. Sekarang, dia akui kata-kata Linda tadi betul. Sofia memang tidak akan
lepaskan dia.
Novelnya sudah siap. Untuk pesanan sila hubungi saya di:
pnmaria1@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.