
Monday, May 30, 2011
Bengkel penulisan Novel
Friday, May 27, 2011
CAFE CINTA : Bab 15
BAB 15 sudah disiarkan DI SANA (KLIK)
Kali ini kita akan mengikuti pertengkaran di antara Tasha dan Zaki
Berjayakah Zaki memujuk Tasha atau...
Tuesday, May 24, 2011
Jom Baca Cuti Sekolah!

Kalau ke kedai buku, jangan lupa beli OLAN ya! Kalau dah habis, bertanyalah di kaunter, okey.

Friday, May 20, 2011
CAFE CINTA : Bab 14
BAB 14 sudah disiarkan Di SANA (KLIK)
Lewat sehari tetapi tak mengapalah.
Dalam bab 14 ini kita akan melihat pertemuan semula
di antara Nina dan Izwan.
dan
Sarah dan........
Selamat Membaca. Semoga terhibur. Jangan marah tau.
Wednesday, May 18, 2011
Nama 3 orang pemenang novel Janji Julia

Hari ini hari Rabu. Oleh itu saya akan umumkan nama 3 orang pemenang yang akan mendapat sebuah novel Janji Julia seorang setiap satu.
Sebelum itu; saya akan nyatakan jawapan kepada soalan tersebut:
5 watak utama di dalam cerita Janji Julia adalah:
1)Julia
2)Mimi
3)Simon
4)Idzham
5)Kahar
Oleh itu kepada yang menjawab Safeline dan No-Mondus itu salah kerana itu bukan nama watak tetapi nama kumpulan/pergerakan.
Ada yang cepat tetapi memberikan jawapan yang salah. Ada yang memberikan jawapan yang betul tetapi terlambat. Oleh itu mengikut turutan e-mel yang masuk, betul dan terpantas adalah:
1) June Jamaludin- Kuala Lumpur
2) Zulaifah Harun -Pahang
3)Nurul Akmal -Shah Alam
*kepada pemenang, sila perhatikan Pos Ekspress tiba ke tempat anda.
Kepada yang tidak berjaya kali ini jangan sedih. Lain kali saya akan berikan novel lain pula. Terima kasih saya ucapkan kepada semua pembaca Blog ELARA yang telah mengambil bahagian kali ini.
Doakan agar bulan depan, sebuah novel lagi akan dikeluarkan. Terima kasih di atas sokongan anda.
Sunday, May 15, 2011
Siapa nak novel Janji Julia PERCUMA?

Untuk pembaca Blog Elara yang dikasihi... saya ingin menghadiahkan anda 3 buah novel Janji Julia (RM 23.90) secara PERCUMA sebagai penghargaan kepada anda yang setia bersama saya sekian lama. Saya juga akan meneruskan tradisi ini untuk setiap novel saya selepas ini sebagai meraikan kejayaan saya bersama anda semua.
Syarat-syaratnya:
1)Jawab 1 soalan mudah iaitu:
Berikan nama 5 watak penting di dalam novel Janji Julia.
2) Hantarkan jawapan anda SEGERA ke kotak e-mel saya iaitu: pnmaria1@gmail.com.
3) 3 pengirim jawapan yang tepat dan terpantas, akan menerima sebuah novel Janji Julia setiap seorang.
4)Peluang ini hanya terbuka untuk rakyat Malaysia dan yang berada di dalam Malaysia sahaja. Kalau anda berada di luar negara, tak dapatlah saya hendak menghantarnya ke sana sebab kosnya yang tinggi.
Oleh itu, kepada pembaca blog ELARA sekalian, apa lagi... cepatlah menghantar jawapan anda.
Terima kasih di atas sokongan anda selama ini.
Thursday, May 12, 2011
CAFE CINTA : Bab 13
BAB 13 sudah disiarkan DI SANA (KLIK)
Selamat membaca....
Tak tahu kenapa disiarkan cuma 1 bab pula minggu ni, mungkin sudah terlalu laju pula agaknya.
Apa-apapun, semoga terhibur walaupun babak ini agak 'twisted'

Thursday, May 5, 2011
CAFE CINTA : Bab 11 dan 12
Bab 11 dan 12 disiarkan serentak di SANA (Klik)
*Akhirnya...keluar juga ya.
Dijemput pembaca cerita ini ke halaman SANA (Klik)
untuk membaca sambungannya.
cerita ini akan disiarkan setakat bab 20 sahaja.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)