Friday, November 20, 2009

Cerpen 'Lintah ' disiarkan di Majalah Mingguan Wanita


Mengambil sedikit ruang di sini untuk memberitahu bahawa sebuah Cerpen saya yang bertajuk 'Lintah ' telah disiarkan di majalah Mingguan Wanita : Edisi Bil 1357 ( 20-26 November) . Gambar cover Catriona Ross bersama Erni Nazira .

Jadi kepada sesiapa yang teringin membaca cerpen saya , silalah dapatkan segera majalah itu di pasaran sebab majalah ini macam pisang goreng panas selalunya . Sekejap je dah habis edisi .

Kepada yang terjumpa cerita tentang kasih sayang Busu dan Abang Long tu..ingat-ingatlah saya...

Terima kasih kepada AVA , Puan Nisah Haron , semua peserta bengkel penulisan cerpen , rakan-rakan penulis serta keluarga yang terus mendorong dan menyuntik keyakinan .

Sekian.

Dari meja penulis,
Maria Kajiwa.

8 comments:

  1. Tahniah kak , sarah baru beli pagi ni lepas akak beritahu tu . Cerpen yang menarik , sebab ada perkara baru yang disampaikan , tragis dan Bang!
    Sarah percaya cerpen2 selepas ini pasti lebih hebat !

    ReplyDelete
  2. Tahniah sekali lagi kak! Patutlah hati tergerak nak baca majalah tu terus bila emak saya beli semalam. selalunya dua tiga hari lepas mak saya baca baru saya belek-belek. hehehe...

    cerpen yang menarik sekali kak. tentunya jika tema kekeluargaan, akak memang arif... :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah MK, terus lestari menghasilkan karya dan juga menghantar.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih di atas sokongan dan tunjuk ajar semua . Kita maju bersama .

    ReplyDelete
  5. walaupun orang paling lambat tapi Kaseh nak juga ucapkan tahniah pada kak Maria... ;)

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.