Monday, June 6, 2011

Novel CENDRAKASIH


Terbitan: Fajar Pakeer Junior
Harga: RM 10.90

Alhamdulillah, novel kanak-kanak kedua saya sedang dicetak. Tajuknya adalah CENDRAKASIH. Mungkin akan berada di kedai-kedai buku menjelang hujung bulan ini. Jadi, jika anda ke kedai buku, perhatikan cover biru muda seperti di atas dan di bawah.


Seperti yang boleh dilihat pada kulit bukunya, seorang kanak-kanak lelaki sedang menunggang burung. Burung itu namanya Kasih dari jenis burung Cendrakasih yang tinggal di sebuah negara di atas awan yang dinamakan Cendrasakti.

Secara keseluruhannya, novel ini mengisahkan tentang pengembaraan Aizat dan Kasih mencari satu lagi kumpulan burung iaitu burung Cendrakesuma yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Tempawan akibat perselisihan faham ribuan tahun yang lalu...

Apa yang dapat saya katakan mengenai novel ini ialah saya seronok menulisnya...dan tentunya saya mengharapkan anda dan anak-anak seronok membacanya sambil mendapat pengajaran yang baik daripada cerita ini.

Terima kasih di atas sokongan anda semua.

Dapatkan 3 buah novel ini secara percuma? Nantikan pengumuman saya kelak...

No comments:

Post a Comment