Saturday, June 23, 2012

Berita Sabtu: Novel Strawberi Coklat Untuk Ella sudah siap dicetak!


Alhamdulillah, akhirnya novel terbitan ACE yang terbaru iaitu sebuah novel REMAJA sekolah yang bertajuk Strawberi Coklat Untuk Ella telah selamat dicetak dan sudah mula dijual.

Harga buku ini adalah RM 18.00 (semenanjung) dan RM 20.00 ( Sabah/Sarawak). Bagaimanapun anda boleh mendapatkan buku ini daripada saya dengan harga RM 15.00 sahaja (Tak ada kos pos)

Apa yang menarik mengenai buku ini adalah di dalamnya terdapat sebuah cerita mini novella yang ditulis oleh saya sendiri sebagai BONUS kepada pembeli novel ini. Ia sebuah kisah chicklit yang bertajuk SHORT but SWEET. (boleh baca beberapa bab di blog Psstt! Girls Talk)

Kepada yang ingin mendapatkan novel ini, boleh hubungi saya di Facebook mahupun e-mel seperti biasa.

Selain itu, kisah SETEGUH ILALANG, PERCAYA PADAKU dan juga ELPASAYO akan disambung seperti biasa selepas ini mengikut gilirannya. Semoga anda terus memberikan sokongan kepada karya saya. Terima kasih banyak-banyak.

No comments:

Post a Comment