Friday, August 23, 2013

Pesanan novel SUARA TENGAH MALAM mula dibuka sekarang...


PENGUMUMAN:

Mulai sekarang sehingga 30 hb OGOS 2013, saya akan membuka pesanan untuk sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini TERUS daripada saya sendiri. Setiap novel akan saya tandatangan dan saya sertakan sebuah hadiah kecil sebagai tanda kenang-kenangan.

Kepada yang berhajat, bolehlah menghantar pesanan ke e-mel saya:  pnmaria1@gmail.com

Harga  :

Semenanjung:  RM 23.00  (termasuk pos)
Sabah/Sarawak :  RM 26.00 (termasuk pos)

Tarikh akhir : 30 Ogos 2013.


Tuesday, August 6, 2013

Selamat Hari Raya Aidil Fitri


Assalamualaikum,
Akak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin 
kepada semua pembaca blog KesahCinta ini.
Berhati-hati di jalan raya dan jaga diri baik-baik.
Semoga bertemu lagi selepas cuti nanti.

Sayang semua.

Dari meja,
MK

Monday, July 29, 2013

SUARA TENGAH MALAM : Bab 8 -Dia sudah lama menangis



Bab 8 novel SUARA TENGAH MALAM yang bakal menjengah pasaran pada bulan 9 nanti.

ZED: Dia sudah lama menangis. Sejak... isterinya mati.

“Kalau macam tu,” kata Botak. Sepucuk pistol jenis Revolver dikeluarkan dari dalam laci mejanya dan diletakkan di hadapan Zed. “Habiskan saja dia. Kau tak perlu lari lagi.”
Zed tersenyum sinis.
“Kalau aku nak bunuh dia, aku tak perlukan pistol kau. Cukup dengan duit saja. Bersih.” Pistol itu ditolak semula ke hadapan Botak.
“Tapi aku tak setuju kau lari lagi. Cukuplah tiga tahun kau ke sana sini dengan perempuan tu. Cukuplah kau buang masa muda kau. Tamatkan saja. Kau dah menang,” balas Botak dengan tenang sekali.
Zed melepaskan nafas. Terasa panas.

BACA sepenuhnya di sini:
http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1375&idc=7298#.UfXRbtKnpCg

Wednesday, July 24, 2013

Muka depan novel SUARA TENGAH MALAM

Tajuk: SUARA TENGAH MALAM
Penulis: Maria Kajiwa
Harga: RM 19.90
ISBN: 978-967-0535-38-8
~528 hlm
Bahasa Melayu
Terbitan BukuPRIMA

Alhamdulillah, Syukur ke hadrat Allah SWT. Akhirnya akak mendapat keizinan untuk mendedahkan cover novel terbaru akak yang bertajuk SUARA TENGAH MALAM ini.



Novel SUARA TENGAH MALAM

Blurb: 
Cerita ini mengisahkan tentang seorang penyiasat persendirian bernama Adam yang berkelana mencari isterinya yang diculik tiga tahun yang lalu. maklumat yang telah diterima telah membawanya ke Melaka. Di situ dia telah menyewa sebuah bilik di sebuah rumah lama. Di situ juga dia telah berkenalan dengan Rafiq yang juga baru menyewa di situ.
Suara aneh yang kerap mereka dengari apabila senja muncul membuatkan mereka berdua cuba menyiasat misteri rumah itu. Namun usaha mereka mendapat halangan daripada tuan rumah yang pembengis.
Dalam masa yang sama usaha Adam semakin menemui jalan buntu apatah lagi halangan daripada penculik isterinya. Akhirnya Adam membuat keputusan untuk menamatkan pencariannya di Melaka. Namun, kehilangan Mazni anak tuan rumah telah membawa kepada penemuan baru.
Misteri budak kecil yang menyanyikan lagu Cina di rumah sewa itu sering menghantui Adam. Suara siapakah itu? Dapatkah dia bertemu semula dengan isterinya?

“Xiao lau shu, shang deng tai, Tou chi you, xia bu lai. Miow miow miow lai le, ji ku li, kun xioau lai" Kemudian diikuti oleh tangisan yang hiba dan panjang. Terdengar juga bunyi sesuatu dipalu bertalu-talu.

"kali pertama saya dengar, masa saya balik cuti beberapa tahun yang lalu. saya cuba cari tapi tak jumpa. Masa tu saya ingatkan ada anak kucing dalam rumah tapi mak marah. Mak kata tak payah cari. Tak payah masuk campur hal bunyi-bunyi tu" Mazni.

"Mak Minah ada dengar budak nyanyi tak? Lagu Cina..." Rafiq

Komen daripada Editor:

sesiapa yang baca ini akan jatuh cinta dengan watak ADAM yang setia, watak RAFIQ yang kasihkan ibunya, watak LIYANA yang menderita, watak MAZNI yang naif, watak ZED yang psiko, watak USOP yang haru-biru dan tentunya watak MAK MINAH yang pembengis... yang paling penting, cerita ini tentang suara... suara budak kecil yang selalu kedengaran...siapa? semuanya terjawab dalam STM...5 bintang saya beri pada novel STM ni..

Komen pembaca di blog dan ILHAM:

Ikeyulestica NoveLover: saya rasa cerita ni more kpd thriller.. jarang saya jumpa novelist wanita yg menulis cerita seram, thriller dan elemen cinta sekaligus.. tahniah kak.. saya dah lama baca kat blog dan ilham.. sabar menanti..

HARGA: Cuma RM 19.90 di pasaran September nanti. Dapatkan ya.


Tuesday, July 23, 2013

Cerpen 'Sejadah Nan Biru' di majalah MW 1549


Alhamdulillah, sekali lagi cerpen akak disiarkan dalam majalah Minggun Wanita Bil 1549 (26 Julai-1 Ogos)
Kali ini cerpen akak mengisahkan tentang seorang ayah yang malu mahu kembali ke pangkuan anak-anaknya setelah lama terpisah. 
Jemputlah baca ya.

*Akak sudah melihat 'cover' novel terbaru akak yang bertajuk 'SUARA TENGAH MALAM" yang bakal memasuki pasaran pada bulan 9 nanti. Bagaimanapun belum boleh ditunjuk lagi sebelum pengumuman rasmi dibuat. Nanti akak kongsikan di sini ya.
Terima kasih kerana selalu menyokong akak.
Sayang semua. Selamat berpuasa.

Wednesday, July 17, 2013

SUARA TENGAH MALAM -BAB 7 -Dia sudah lama menangis..



Novel SUARA TENGAH MALAM Bab 7 sudah akak naikkan ke halaman ILHAM

Zed : Dia sudah lama menangis. Dendam sudah sebati dalam darahnya...

“Aku dah putus asa dengan hidup aku. Aku dah penat berpindah randah. Aku dah tak sanggup melihat isteri aku, anak-anak aku hidup seperti orang pelarian apabila dikejar along sana-sini. Sekarang, apa nak jadi pun, jadilah. Sekurang-kurangnya jika aku mati, aku mati di tempat aku sendiri.”
“Kau tahu apa maknanya kedatangan aku ke sini, kan?”
Poyi tidak menjawab.
“Kau dah bersedia untuk mati?” tanya Zed lagi sambil merenung muka Poyi.

BACA seterusnya di link bawah

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1375&idc=7101#.UeX6TtKnpCg

Thursday, July 11, 2013

SUARA TENGAH MALAM -Bab 6 - Dia sudah lama menangis



Bab 6 novel Suara Tengah Malam yang akan diterbitkan pada bulan 9 nanti.

ADAM: Dia sudah lama menangis. Dia tidak berputus asa tetapi sampai bila...

“Abang… mahu pakai tak? Murah saja.”
Dadanya berdebar. Perempuan itu lagi, keluhnya dalam hati. Tubuhnya yang lesu dirasakan makin lesu. Suara di luar sana tidak henti-henti merengek dan merayu. Kepalanya mula pening. Apabila ketukan kedengaran lagi, dia membuka pintu.
“Boleh tak awak jangan ganggu saya? Saya nak bersolat,” katanya tenang sambil merenung wajah ‘wanita’ di hadapan pintunya itu. Dia yakin ‘wanita’ itu faham apa ertinya solat. 



BACA di LINK di bawah 

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1375&idc=6984#.Ud4YudIybbA