Tuesday, March 23, 2010

Cerpen 'Pulanglah Mimi' dalam Majalah NUR April



Salam adik-adik dan kawan-kawan sekalian,

Mengambil ruang ini sekali lagi untuk berkongsi sedikit berita tentang Cerpen saya yang bertajuk 'Pulanglah, Mimi' telah disiarkan dalam Majalah NUR edisi April 2010 yang sekarang berada di pasaran.

Cerpen ini mengisahkan tentang seekor kucing bernama Mimi yang tidak dapat pulang ke rumah tuannya kerana hujan lebat. Mimi lalu berteduh di luar sebuah rumah.Apakah yang Mimi lihat dan dengar di sana? Dapatkah Mimi pulang semula ke rumah tuannya? Jawapannya ada dalam majalah NUR (majalah kegemaran akak).

Sebenarnya kisah Mimi adalah berdasarkan cerita sebenar yang berlaku kepada kucing akak yang bernama ELMI kembar kepada ELMO (gambar kecil) yang telah mati secara tiba-tiba.
Gambar ELMO (kembar ELMI)

1 comment:

  1. Sebar-sebarkan karya anda di ecerpen4u.blogspot.com Sebuah blog baru tentang cerpen dan yang sewaktu dengannya

    ReplyDelete