Monday, December 19, 2011

Novel ERTI CINTA sudah ada!


Alhamdulillah, novel ERTI CINTA sudah pun berada di tangan saya. Semalam hampir sehari suntuk saya berada di pejabat Karyaseni untuk sesi autograf novel-novel Erti Cinta di sana. Saya juga mendapatkan stok untuk yang telah menempah dan membeli melalui online terus daripada saya.


Ini pula adalah NOTEBOOK kecil yang saya sediakan untuk pembeli novel Erti Cinta terus daripada saya. Bilangannya terhad. kepada yang membeli terus daripada saya akan mendapat nootebook/kalendar ini secara percuma.

Kepada yang ingin membeli terus novel ERTI CINTA ini dari kedai-kedai buku, boleh berkunjung ke POPULAR ,MPH , Thai Kuang dan lain-lain kedai buku yang memasarkan novel-novel daripada syarikat Karyaseni. Jika semuanya berjalan lancar, pada hujung bulan ini novel-novel ini akan berada di atas rak kedai-kedai tersebut. Perhatikan ya.

Akhir kata untuk kali ini, saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada peminat cerita ERTI CINTA yang sudi menunggu sekian lama... Semoga berpuas hati dengan ceritanya dan jika ada komen yang membina boleh hantarkan ke e-mel saya.

Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment