Sunday, April 1, 2012

Novel EPOI sudah ada di pasaran.


Alhamdulillah, semasa saya ke kedai buku POPULAR siang tadi, saya dapati buku EPOI sudah mula berada di rak jualan. Dengan ini juga saya menjangkakan yang novel EPOI sudah mula beredar di kedai-kedai buku yang lain di seluruh Malaysia.

Bagi yang berminat untuk membaca kisah EPOI, sila dapatkan segera. Harganya cuma RM 12.90 sahaja.
EPOI adalah sebuah kisah sains fantasi di mana seekor kucing yang bernama EPOI cuba menyelamatkan adik-adik dan tuannya yang ditawan oleh sekumpulan kucing jahat yang mahu memusnahkan manusia.

Buku ini membawa mesej tentang perhubungan di antara manusia dan haiwan peliharaan. Harapan saya adalah agar dapat menyalurkan mesej kepada kanak-kanak untuk tidak melakukan kezaliman ke atas haiwan-haiwan tersebut.

Semoga buku ini menjadi pilihan anda untuk dihadiahkan kepada anak-anak, adik-adik mahupun anak-anak murid. Ia juga adalah koleksi manis bagi pencinta KUCING. Meow...

Cerita lebih lanjut tentang EPOI di SINI (tekan)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.