Bab 3
Di meja makan, ketiga-tiganya tidak
seriuh selalu. Masing-masing tunduk memandang nasi bagaikan itu makan malam
terakhir buat mereka bertiga di rumah itu. Tan Sri Dzairil menyuap dengan
perlahan. Damien pula tidak mengangkat muka. Anis yang duduk di kerusi yang
bertentangan dengan suaminya juga hanya diam membisu.
“Tak apa ke kami tinggalkan abah
lama-lama ni?” Akhirnya dia bersuara. Rasanya wajar jika dia bertanya sendiri
kepada ayah mertuanya apa yang merisaukan hatinya. Jika ditanyakan kepada
Damien, mungkin tidak semuanya benar-benar lahir dari hati lelaki itu.
“Mak Minah kan ada? Pak Din ada. Arif
ada. Khairul ada,” jawab Tan Sri Dzairil sambil tersenyum. “Apa yang nak
dirisaukan?”
Hati Anis tidak tercuit pun dengan
jawapan itu. Walaupun lebih daripada itu wujud di situ namun belum tentu wujud
di hati ayah mertuanya. Dia tahu.
“Lebih baik kalau abah ikut sama. Abah
pun dah lama tak bercuti,” katanya pula. Dia juga tahu ayah mertuanya tidak
mahu mengaku kalah.Tidak mahu mengaku yang hati tuanya akan rasa sunyi tanpa
dia dan Damien.
“Kerja di ofis banyak.”
“Kalau kerja banyak, buat apa beri abang
tu cuti? Kan dah menyusahkan abah pula?” Cepat sahaja dia menjawab. Jika betul
itu alasannya, dia rasa sangat bersalah. Kerana menemankan dia, Damien terpaksa
bercuti dan membebankan kerja di bahu ayah mertuanya pula.
Baca seterusnya DI SINI (Tekan)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.