Monday, March 25, 2013

MISTERI CINTA SEMALAM : Bab 25 dan Bab 26


Saya sudah siarkan Bab 25 dan Bab 26  (TEKAN)  
di halaman ILHAM <- font="" nbsp="">

Sedutan:

“Main lagi,” pinta Zed. Dia hanya duduk di kerusi bersama orang-orangnya sambil tersenyum.
Liyana sedikit bingung. Sikap Zed malam itu, memang tidak difahaminya. Dengan muka yang bengkak, mulut yang luka, lelaki itu boleh mengajaknya bermain bowling. Dia tidak dapat langsung mencantumkan dua senario itu, akan tetapi dia ikutkan sahaja rentak Zed. Dia ingin tahu sejauh mana Zed akan mengujinya.
Satu demi satu bola bowling dibalingnya. Jarang sekali ada yang menumbangkan pin. Kebanyakannya masuk longkang. Tetapi Zed tidak marah atau berkata apa-apa, sehinggalah satu ketika, pergelangan tangannya mula sakit. Dia meminta untuk berhenti bermain dan berehat.
“Balik,” kata Zed pula.
Setelah menukar kasut, dia dibawa balik ke pangsapuri semula. Sehingga dia melelapkan mata pada malam itu, dia masih tidak faham apa yang Zed cuba lakukan kepada dia.

No comments:

Post a Comment