Wednesday, April 3, 2013

Novel Chicklit : SEPATU QUEEN

     
Harga: RM 20.00
Penerbit : ACE
Halaman: 300 ms

Alhamdulillah, syukur. Akhirnya novel CHICKLIT saya yang pertama iaitu SEPATU QUEEN akan diterbitkan dalam bulan ini. Sekarang, buku ini sedang dicetak dan dijangka siap pada minggu 3-4 bulan ini juga.

Kepada yang ingin membuat pesanan, pesanan sudah pun dibuka. Anda boleh menghantar pesanan anda pada saya di alamat e-mel :  pnmaria1@gmail.com ataupun auroracreative67@gmail.com

Kepada yang ingin tahu apakah novel ini ,anda boleh membaca 10 bab awal di blog chicklit saya di
Novel Sepatu Queen ini dipersembahkan dalam bentuk yang santai-humor-jujur. Ia sebuah genre 'from girls to girls' dengan mendokong falsafah genre Chicklit. Bagaimanapun saya membuat sedikit perubahan tanpa mahu mengikuti ciri-ciri Chicklit Barat bulat-bulat untuk disesuaikan dengan budaya dan agama kita.

Sinopsis SEPATU QUEEN:

Sebuah novel CHICKLIT -santai-humor-jujur. Ia mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Erfina. Erfina bekerja sebagai jurujual di sebuah kedai RM 5. Dia seorang gadis yang lurus dan kuat bekerja. Tetapi di sebalik itu semua, Fina mempunyai satu kegilaan; iaitu membeli kasut!

Pada satu hari, kasut idamannya yang dipanggil PC200 diberikan potongan harga oleh butik kasut MISS BOBO. Fina jadi tidak keruan dan mahu membeli juga kasut idamannya. Demi mencukupkan  wang, dia melakukan apa sahaja pekerjaan tambahan.

Semenjak itulah kehidupan Fina berubah. Dia berdepan dengan lebih banyak masalah termasuklah jatuh hati kepada seorang tuan punya sebuah pasaraya bernama Ray.

Apakah kesudahan kisah Fina? Berjayakah dia membeli kasut idamannya? Bagaimanakah perhubungannya dengan Ray -si buaya Platinum? Sama-sama kita ikuti kisah yang santai ini nanti.


Jika ada sebarang pertanyaan, sila kemukakan kepada saya ya.

"KALAU AKU SIMPAN DIA DALAM HATI AKU, BOLEH?"

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.