Blurb TAKRUT:
Seutas tangkal yang
dipangggil Takrut Agung menjadi rebutan dua negara. Tangkal yang telah mengubah
sejarah peperangan dan mengorbankan ribuan nyawa. Menyedari betapa besarnya
kuasa tangkal tersebut, seorang sami menguncinya dengan mentera bersama
nyawanya sendiri.
Masa berlalu,
seorang pemuda bernama Wafiq dihantui penampakan yang menyerupai arwah ayahnya
di mana-mana. Takut dan gelisah memaksa dia dan pembantu ayahnya mencari punca
dan penyelesaian. Usaha itu membawa mereka ke Melaka demi mencari sebuah kitab
lama. Rahsia demi rahsia terbongkar. Namun usaha mereka diancam dan dihalang
banyak pihak.
“Lelaki
yang pakai kain kuning. Badan dia penuh kudis. Muka dia macam muka ayah. Mana
dia pergi?”
“Muka
macam ayah?” Kening Hamid terangkat tinggi. Dia ikut memerhati kawasan rumah
itu. “Di mana Wafiq nampak?”
Blurb STESEN TERAKHIR:
Pada tahun 1942,
terdapat sebuah stesen keretapi di sebuah kampung lama di Melaka. Namun satu
kejadian telah menyebabkan stesen itu terkubur dari sejarah dan dimansuhkan
dari peta.
Tiga orang anak
muda ke kampung itu untuk menjejak stesen keretapi yang terakhir itu namun
secara tidak sengaja telah membuka pagar yang mengunci puaka tempat itu. Sejak
itu hujan darah kembali turun dan pelbagai kejadian aneh berlaku. Penduduk
kampung juga hilang seorang demi seorang.
“Air
yang turun sudah bercampur darah, Awa. Sudah 50 tahun hal ini tak berlaku.” Pak
Ismail.
Pak Ismail dan
anaknya Imdad cuba menyelesaikan masalah itu dengan bantuan seorang gadis
misteri bernama Muhayya. Namun dapatkah mereka menyelamatkan penduduk kampung
sebelum terlambat? Apakah rahsia yang tersimpan di stesen keretapi tersebut?
Dapatkan buku ini di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan berlangsung di PWTC pada 27 hb April-6 May 2018 atau hubungi saya melalui e-mel : pnmaria1@gmail.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.