Saturday, July 14, 2012

Sembang Sabtu : Seteguh Ilalang, Percaya Padaku dan Glas...Z


Hari ini saya ingin bercerita mengenai 3 buah e-novel yang saya telah siarkan di sini dan yang bakal disiarkan nanti.

1. SETEGUH ILALANG

Seperti yang diketahui semua pembaca setia cerita ini, kita sudah pun sampai ke Bab 25. Hanya tinggal 5  bab sahaja lagi sebelum cerita ini dihentikan siarannya di sini. Sambungannya anda boleh ikuti nanti di dalam novel penuhnya yang sepanjang 700+ muka surat dan mengandungi 100+ bab. Novel SETEGUH ILALANG bakal diterbitkan tidak lama lagi dengan harga RM 28.00/RM 30.00.

Saya akan maklumkan nanti jika novel sudah siap dicetak.

2. PERCAYA PADAKU

Cerita PPK pula sudah sampai ke bab 18 setakat ini. Jadi tinggal lagi dalam 2 bab sahaja sebelum dihentikan di blog. Seperti yang semua tahu, PPK adalah sambungan kepada novel Erti Cinta yang telah diterbitkan oleh Karyaseni pada tahun lalu.

Ingin saya memberitahu bahawa, cerita yang penuhnya mungkin sedikit berbeza.maksudnya ada tambahan bab, tambahan maklumat dan pelbagai lagi. Manuskrip ini sedang saya edit sekarang. Doakan agar manuskrip PPK diterima penerbit kelak.

3. GLAS...Z


Ini adalah cerita baru yang akan menggantikan tempat SI dan PPK kelak. Ia sebuah manuskrip yang sudah lama saya simpan kerana manuskrip ini belum ada tempat yang boleh dihantar. Ia bercorak Sains-Fiksyen dengan suntikan thriller. Ia sepatutnya dihantar kepada ON tetapi ON sudah tidak menerbitkan lagi manuskrip berbentuk begini. Jadi buat masa ini saya simpan sahaja sehingga bertemu dengan 'jodohnya' kelak.

Saya harap cerita ini akan mendapat sokongan pembaca seperti cerita-cerita yang lain juga.

4. MISTERI CINTA SEMALAM ~ apa benda pula ni?


Ini manuskrip saya yang sedang dalam penilaian penerbit. Sudah 8 bulan saya hantar tanpa mendapat sebarang tindak balas. Saya bercadang untuk menyiarkan di sini beberapa bab selepas pembaca sudah menghabiskan novel SETEGUH ILALANG.
Kenapa?
Kerana ada perkaitan di antara kedua buah novel tersebut. Saya mohon doa anda agar manuksrip ini diterima dan diterbitkan kelak. Jika tidak pun, dipulangkan kepada saya semula kerana manuskrip ini merupakan salah  satu daripada manuskrip kesayangan saya selain daripada manuskrip Datang Pada Waktunya...

Mss MCS merupakan mss berbentuk Misteri-dengan suntikan horror. Ia menekankan isu kemasyarakatan yang hampir pudar dewasa ini...ia mengisahkan mengenai 'suara tangisan' yang tidak dipedulikan.... Ia sebuah manuskrip yang benar-benar mendatangkan kepuasan kepada saya selepas mss DPW.

Saya percaya, sesiapa yang telah membaca novel saya yang bertajuk DPW....akan memahaminya. Saya hanya akan siarkan di sini setelah 3 bulan novel Seteguh Ilalang beredar di pasaran.

Sekian. 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.